Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, June 29, 2010

Hari ini aku & GC

Bosannya, dah berapa kali inject standard alkohol ni. Asyik tak sama je resultnya. Last week, inject 1ppm,2ppm,3ppm selari je paek area. Today, inject 0.5ppm, 1.5ppm,2.5ppm, peak area besar gila & tak logik. Customer dok helo2 nak result cepat. Boss, nak buek camno ni?Tulun...

Masak-masak Last weekend

Ece..ceh...

Entry kali ni pasal masakan hari Sabtu & Ahad lepas. Pagi Sabtu bangun awal sikit. Semangat betul nak masak ni. Dalam kepala dok plan nak buat nasi lemak, 1st time tau. So, helo2 mak kat Perlis. So, masak nasi, sambal, goreng ikan bilis, telur rebus & timun. Kacang takde, tak sampat beli. Bila dah siap, nasi tu tak berapa rasa lemaknya & kurang masin. Takpa, En. Hubby tak komen apapun. Iman & Izz just makan nasi dengan ikan bilis & telur rebus je. Itu pun 2 kali tambah. Gambar tak sempat nak snap.

Esoknya, just masak bihun goreng utuk Iman, ibu & abah. Untuk Izz ibu masakkan nasi putih & sup daging..

Bangga & dihargai rasanya bila anak-anak berselera makan hasil masakan & air tangan sendiri. :)

Thursday, June 24, 2010

Requested by Iman



Iman nak dobot! Iman nak dobot! Robot buzz lightyear ni lah yang dia nak. Tapi, kalau aku belikan untuk dia, mesti adik nak sama. Adik pun dah besar, dah pandai nak main, dah pandai nak rebut mainan dgn abang.

Alhamdulillah, dah dapat belikan yang di"request" oleh Iman pada 24 Jun lepas. Beli kat Toycity Alamanda. Harganya RM49.90 (Brand Mattel). Tapi Buzz Lightyear ni taklah sehebat yang berharga RM100 ++ tu. Function limited je, just boleh pusingkan kepala, gerakkan kaki & tangan. Apapun, aku puas hati juga dapat tunaikan permintaan putera sulongku. Adik tak berebut sangat dengan Abang, maybe dia tak pandai nak appreciate toys lagi or not interested dengan mainan ni.

Wednesday, June 23, 2010

My Wish...


Nissan Grand Livina kaler putih

Balik kampung pada 15-20 Jun baru-baru ni, aku pergi melawat sahabatku yang telah selamat melahirkan anak ke-3. Diberi nama Muhammad Izwan Haris. Tahniah dariku. Yang terharu & terpilunya, dia dah pun memiliki kereta idamanku ini...huhuhu..so Lina, bila???

Tuesday, June 15, 2010

Izz Yang Sudah Jatuh Ditimpa Tangga



Kesian, kan tengok gambar ni. Dah tak ada rupa adik dah. Actually insiden ni happened 2 months ago. Izz kena gigit nyamuk kat dahi tu, then bengkak la sikit. Malam tu, izz jatuh sbb baru belajar berjalan, dahi tempat bengkak kena gigit nyamuk tu "terhempas" ke lantai. Apa lagi, meraunglah dia. So, ni gambar the next morning (29/4/2010), muka baru bangun tidur + bengkak bisul dah melarat hingga ke mata. Macam orang kalah gaduh kena tumbuk kat muka pun ada...sian anak ibu ni

Saturday, June 12, 2010

Kenapa kerengga riang?


Nama kerengga riang sebenarnya wujud semenjak aku kat Matrik UPM 1998/99 lagi. Zaman tu baru mengenali Internet dan e-mel. Kawan baik aku bazlinda pilih kumbang come sebagai nick name dia. Aku pun mencari yang ala2 insect juga + adjectives. Aku mmg happy-go-lucky time tu, zaman kanak2 ribena tak habis lagi, lgpun aku berazam utk terus kurus macam makcik kerengge...so ku "nick name" kan diriku as kerengga riang..

Friday, June 11, 2010

Tudung Syria with 3 Tone Inner

Entry kali ni nak tulis tentang my tdg syria with 2/3 tone inner. Sesuai ke tak ye with my face shape?

Thursday, June 10, 2010

MKN

Hoo hoo hoo

Entry kali ni pasal my ex-bf. Aku dapat tau dia buka kedai dobi di Putrajaya. Aku tgh survey nama dan di mana kedai dia. Moh le kita mendobi baju di Putrajaya.

Acyually, MKN ni my 1st love, zaman-zaman sekolah dulu. Hensem, tinggi dan macho mamat ni. My hubby also hensem beb. Dengarnya dah kawin dengan orang Perak. DOB dia 8 June 1980. So, dia baru saja celebrate besday yang ke 30 semalam lah. Nanti nak try post gambar dia masa sekolah dulu, kena scan dulu...

Monday, June 7, 2010

Demam

Last week, mulai dengan Iman demam selesema dari hari Jumaat 28 Mei hingga ke Sabtu 5 Jun pun badan dia dedar lagi. Aku mulai demam pada malam Rabu 2 Jun, diikuti Izzuddin malam tu juga dalam pukul 12.10am. Penat dan letih betul orang demam menjaga anak-anak yang demam...Malam pun kena bangun on time utk bagi ubat especially antibiotik. kalau tidak, suhu badan akan meningkat naik. Apapun, syukur Alhamdulillah..hari ini semua beransur baik dari demam,hanya ada batuk dan selesema berbaki.

Hantar Izzuddin ke nurseri tadi, ada 2,3 orang baby yg demam. Alahai, mak bapak budak-budak tu...malas nak jaga anak kat rumahlah tu,dah anak demam hantar juga ke nurseri,kang spread demam kat anak org lain pulak. kesian budak-budak yang tak bersalah tu..

Ya Allah, lindungilah dan kurniakanlah kesihatan yang baik buat anak-anakku Iman dan Izzuddin...amin