Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, September 27, 2010

My Hari Raya Aidilfitri 1431H


Perasaan me bercampur baur untuk raya tahun ini. Firstly, sangatlah happy sebab kali ini me dapat raya di Perlis (my kampung). Secondly, pada hari raya, selepas bermaafan dengan mak, ayah dan adik beradik yang lain, perasaan hambar datang. Ya lah, semua adik beradik lengkap satu family, only me...without my husband, just anak-anak yang menguatkan semangat beraya. Ni gara-gara Mr Hubby "bermurah hati" memberikan turn cuti beraya tahun ni kepada member yang lain. Dia dengan sukarela nak bekerja di hari raya.

Kami bertolak ke Perlis seawal 6.30 pagi (selepas sahur) pada pagi Rabu, 8 Oktober. Alhamdulillah, jalan tak jammed. Cuma Si driver yang memandu sekejap ngantuk...owh sungguh bahaya. So, lepas R&R Sungai Buloh, anak-anak breakfast semua, me offer untuk drive. Perjalanan lancar. Tak sangka me sungguh bersemangat, boleh drive tanpa bertukar driver hingga tiba di Simpang Empat Perlis, kira-kira jam 4.30 petang. Izzuddin memberi kerjasama yang baik. Selepas rehat, makan & mandi-manda di R&R Tapah, dia terus tidur hinggalah tiba di Simpang Empat. Apalagi, abahnya pun tumpang sekaki tidur. Hanya Iman penemanku di kala memandu. Tak habis-habis ajak me nyanyi lagu "Balik Kampung". Kering tekak ibu sayang. Happy sangat dia nak balik kampung atuk. Malam tu juga hubby balik Kajang dengan bas.


Tak banyak sangat gambar yang me snap. Mood kureng la. Malam raya baru gi jalan ke rumah Tok di Batu Bertangkup. Ramai saudara ayah berkumpul di rumah Tok. Diorang bercerita ceriti sampai almost jam 2.00 pagi. Me balik dulu around 11.45pm sebab anak-anak dah pengsan. The next day, me keluar beraya dengan anak-anak ditemankan adik bongsu ke rumah kawan-kawan sekolah dulu. Itupun tunggu lepas Asar baru keluar.

Mr. Hubby balik ke Perlis pada 15 Okt, Rabu. Then, dah tak beraya ke mana-mana. Hanya sesekali pergi The Store beli susu anak sahaja. Bertolak balik ke Kajang pada 19 Okt, Ahad. Singgah Penang. Pergi naik Jambatan Pulau Pinang yang tersergam indah sepanjang kira-kira 13.5km. Balik naik feri. Suka sangat Iman. Alhamdulillah, perjalanan selamat dan lancar, sampai Kajang around 10.30pm.

Wednesday, September 22, 2010

My Strength

My sons merupakan sumber kekuatan untuk terus kukuh berdiri di bumi ini..






Tuesday, September 21, 2010

Masalah

Tiada manusia dalam dunia ini yang hidup tanpa masalah. Tetapi ada kalanya, masalah yang dihadapi tak tertanggung oleh pemunya diri. Adakalanya, penyelesaian masalah berakhir dengan kebaikan, ada masanya penyelesaian masalah berakhir dengan keburukan.

Sudah menjadi lumrah kehidupan ini, andai ditimpa dan diuji dengan masalah, dan di kala itu diharapkan sokongan dan bantuan, namun ada saja yang mengambil kesempatan.
Allah SWT melarang hambaNya dari berputus asa dalam kehidupan ini. Tetapi Me adalah manusia biasa. Rasa ingin berhenti berharap sahaja. Sudah penat, letih, bosan nak fikirkan masalah yang satu ni. Apapun Me doakan yang terbaik sahaja untuk penyelesaian masalah ini...

Monday, September 6, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di mana saja. Hati-hati di jalan raya.

Me bercuti dari 8 sept hingga 19 Sept 2010. Tahun ni balik Perlis. Hohohohoho balik kampung..hohohohoho balik kampung. Tapi Mr Hubby terpaksa kerja di hari raya. Dia akan start cuti mulai 15 Sept.

Friday, September 3, 2010

Eczema

Entry kali ni saja me nak sentuh tentang penyakit eczema. Ia adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh alahan kepada sesuatu seperti seafood, bahan kimia, ubat, cuaca, stress, habuk, debu dll. Pesakit yang mengidap penyakit ini akan sering merasa gatal yang teramat sangat di mana di kala itu, tak cukup tangan dan kuku untuk menggaru, kadang-kadang benda besi atau apa-apa sahaja benda yang tajam atau kasar akan digunakan untuk meredakan kegatalan itu.

Me adalah salah seorang pengidap eczema since 2004 (selepas balik dari South Africa dan makan sardin cap King Cup). Sekarang dah 2 tahun me follow up every 4 months dengan dermatologist kat Hospital Serdang. Suffer penyakit ni. Mula-mula diagnosed, doktor cakap maybe me dapat penyakit ni sebab me kerja dalam chemical lab. Second diagnosed, doktor cakap maybe bukan sebab tu, if sebab kimia, biasanya pesakit akan hadapi eczema di bahagian tangan, siku dll. Mine is around feet only. It become worse when our skin is dry. Maybe dari keturunan. Tanya mak dan ayah, katanya our keturunan tak ada penyakit ni. Doktor cakap, maybe keturunan yang lagi atas dari my datuk dan nenek. Biasanya, doktor akan bekalkan moisturizer, ubat gatal yang ada steroid dan ubat makan untuk tahan gatal (lupa la nama saintifik ubat-ubat tu).

Kesan kepada penyakit eczema ni adalah, kulit jadi buruk sangat. Parut sana, parut sini, warna tak sekata, kasar dll. Entahlah, sampai bila penyakit ini akan pergi dari kakiku...One more thing, me ni jenis yang malas nak sapu ubat dan pelembap kat tempat gatal. Doktor cakap penyakit ini macam kena bergantung kat ubat 100%. Takde ubat, gatallah aku!!!

Wednesday, September 1, 2010

Bubur Cha Cha Yang Siap

Tadaa...dah siap. Tapi me letak gula merah, tu yang kalernya mendung skit. Cubaan pertama yang menjadi. Mr. Hubby kerja petang, so dia tak sempat merasalah bubur cha cha ku ini. Hanya Iman dan Izz yang jadi perasa, 5-6 round ulang nak makan lagi. Senang je nak buat bubur ni.