Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, March 31, 2011

SiCk EnOuGh To HaNdLe ThEsE kINd Of PeOpLe

Penat dan letih betul nak handle senior staff yang dah lama "selesa" dengan sistem lama. Kalau bagi arahan nak suruh mereka buat sesuatu, kadangkala sampai kena berdebat dan bagi justifikasi yang kukuh, baru nak buat. Ada yang naik pangkat, gaji pun naik, OT claim tiap-tiap bulan, tapi kerja dia nak buat ikut seperti kerja dalam jawatan lama yang dia pegang dulu. Kalau macam tu pakcik, letak jawatan sekarang, sila balik ke jawatan lama la..Me malas nak sound or being rude or kuanghajo sebab still respect mereka sebagai orang yang berpengalaman, seusia dan seangkatan dengan my parents serta kononya "makan garam" dulu (tu yang dok kena sakit jantung or darah tinggi tuh!!).

Memang tak dinafikan, sistem kerja di U** ni makin lama makin complicated. Gaji tahap tu saja, staf banyak tu saja, tapi macam-macam impian, macam-macam misi mustahil yang tak masuk akal direkacipta. Orang yang merekacipta impian tak banyak masalah sangat. Kerja dia dok perah otak saja nak pikir what is next, what is then (sebab tu ramai yang ada sahara desert di kepala)..Haaaa...golongan marhaen ni lah...golongan pelaksana ni yang teruk. Especially PnP yang sentiasa jadi orang tengah antara yang "bawah" dan yang "atas". Selalu tersepit seperti telur rebus yang dikepit di tengah-tengah 2 keping roti gebu dalam sandwich telur.

Sepatutnya, ikut sajalah arahan yang diberi. Penerangan dan taklimat telah diberikan, soalan yang diaju telah diberi jawapan, apa nak memberontak lagi?Ok baik, sila tunggu bulan Disember 2011, jangan nak merayu markah kasihan lagi!!!

P/S : "mereka" tu baca blog tak? huhu

Monday, March 21, 2011

Baru Kini Ku MENGERTI

Suatu ketika dulu, semasa me sedang makan kuih bersama adik-beradik yang lain, me pelawa emak makan bersama, "mak, awat mak tak makan sama?" Emak hanya menjawab, "Ti (keluarga memanggilku dengan nama Ti sahaja) makanlah dulu." Waktu itu me baru berusia lingkungan 11 tahun, belum mengerti sepenuhnya maksud tersirat pada jawapan emak itu. Kehidupan keluaraga kami tidak semewah mana, hanya sederhana. Ayah hanyalah nelayan dan emak kadangkala membantu ayah menjual ikan dan hasil laut lain kepada jiran-jiran dengan menaiki basikal sahaja.

Semalam, me masakkan makanan untuk suami dan anak-anak. Me tak makan bersama sewaktu Iman dan Mr. Hubby menikmati lunch di meja makan sebab me risau kalau-kalau makanan tak cukup sebab Izzuddin masih tidur dan belum makan (padahal me malas nak masak lagi). Kebiasannya, Izzuddin memang jenis yang makan banyak. Tiba-tiba teringat kembali kata-kata emak tak lama dulu...Baru kini ku mengerti, ku memahami kenapa emak membiarkan kami adik-beradik makan terlebih dahulu...Emak inginkan anak-anaknya makan dengan kenyang walaupun emak teringin juga menikmati makanan tersebut. Anak-anak yang tidak mengerti, menghabiskan makanan hingga licin dan emak hanya mampu menelan air liur sahaja...huhuhu

Emak, rindunya... (bertudung pink-sebelah kiri)

Thursday, March 17, 2011

Kasih Beralih Arah?Mengidam?

Jangan salah faham ya, me tak mengandung k..Ni mengidam/azam semenjak tahun lepas lagi. Bilalah nak tercapai agaknya.

Sahabatku Nori dan Bazlinda (yang dah capai azam ni)..tolong aku redakan keinginan aku yang teramat sangat ni...TOOOOOLLLLOOONNGGGG

Aku berkenan sangat dengan
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-(pic credit to en. google) Handsome kan?

Sudah lama kasih beralih arah sebenarnya. Tapi, hajat terpendam begitu sahaja disebabkan ada kekangan dan kepentingan lain..huhu

Wednesday, March 16, 2011

Big Apple Doughnuts

Taaadaaa...

Alamak!!Kualiti gambar kurang memuaskan. Agaknya dah sampai masa camera ini. Takpe, hold on dulu..

Lunch tadi me pergi The Mines sebab teringin sangat nak makan donut Big Apple. Alhamdulillah...kesampaian juga yang dihajatkan.

Duran-duran dan Apple ka Daple dah selamat sampai ke usus untuk dicernakan...huhu. Yang masih ada ini me simpan untuk Izzuddin dan Iman.

Wednesday, March 9, 2011

Untuk Iman


Beli semua ni di Giant The Mines. Tujuan utama pergi hanyalah nak belikan dishwash untuk makmal. Tup-tup me ternampak set baju watak kartun Tom & Jerry yang menjadi idaman si Iman. So, rembatlah 2 helai (RM12.90x2) buat basahan di taska nanti. Buku ABC, 123 dan tulisan jawi (RM3.99x3) me beli untuk mula ajarkan Iman menulis. Hope he'll like it

Tuesday, March 8, 2011

Risaukan Izzuddin


Hari ini merupakan hari pertama Izzuddin pindah ke Taska kanak-kanak 2 tahun. Kalau ikutkan kalendar, umur Izzuddin pada hari ini baru mencapai 1 tahun 11 bulan 6 hari. Lagi 24 hari genap 2 tahun, tetapi disebabkan ada budak baru masuk ke Taska bawah 2 tahun, jadi Izzuddin adalah calon yang umurnya paling hampir untuk dipindahkan ke Taska 2 tahun.

Perasaan risau dan bimbang bercampur-baur. Risau Izzuddin tidak dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan, abang-abang dan kakak-kakak yang lebih besar. Pagi semalam, me nampak Aydeen Zakarias (anak Dr. Noriha), kawan seilikk Izzuddin, di Taska 2 tahun. Dalam hati terdetik, mungkin umurnya dah mencapai 2 tahun, Izzuddin kena get ready next month (2 April). Weekend baru ni, banyak kali me pesan pada Iman, "bulan depan adik masuk sekolah Iman. Iman tolong jaga adik ya, kalau kawan-kawan buat adik, Iman marah kawan tu". Iman hanya mengangguk.

Tiba-tiba, waktu jemput Izzuddin di Taska petang semalam, pengasuhnya memaklumkan yang esok Izzuddin akan berpindah ke Taska 2 tahun. So, otak mula laju berfikir sebarang kemungkinan yang bakal Izzuddin hadapi. Sebenarnya, Iman juga pernah melalui fasa yang sama sewaktu dia berumur 2 tahun. Kerisauan tetap bersarang di hati ketika itu. Bezanya, waktu itu, Iman sudah punyai adik dan bergelar abang.

Izzuddin sangat manja dan masih kuat menangis. Cakap pun belum pandai lagi, cuma beberapa perkataan sahaja seperti "tan" untuk makan, "cu" untuk susu, "pe" untuk selipar, "pi" untuk topi, "bu" untuk ibu, "bah" untuk abah, "bang" untuk abang, "pin" untuk upin & ipin. Hati ini masih tak dapat nak lepaskan Izzuddin ke tempat baru. Kejap tadi, me call Ima (pengasuh baru Izzuddin). Katanya Izz menangis sekejap bila nak main di luar pagi tadi. Tapi, bila Iman datang ajak dia main, dia ok. Perkara ini merupakan satu kelegaan iaitu IMAN. Ya, Izz ada Iman untuk "jaga" dia sehingga hujung tahun ini. Next year, Iman akan masuk Tadika.

Ya Allah, permudahkanlah anakku Izzudiin untuk menyesuakan diri di tempat baru..lindungilah, selamatkan dan peliharalah kedua-dua anak-anakku Muhammad Iman dan Muhammad Izzuddin..

Wednesday, March 2, 2011

For Him

Sempena birthday Mr Hubby yang ke-38 pada 6 Mac (Ahad ini), me belikan these things semalam di jusco Balakong. Bajet ciput, so hadiahnya pun tak mahal mana, asalkan ada sebagai tanda ingatan dan penghargaan. Me belikan 2 pasang socks cap buaya dan handkerchief sebab socks yang sedia ada di rumah sudah dapat mengeluarkan ibu jari kaki bila dipakai (terkoyak a.k.a. berlubang) dan sapu tangannya pun dah lusuh sangat (tak risau kalau tak surprise walau display these item di sini sebab Mr Hubby takkan baca blog).

For my birthday? Tunggu 15 April depan. Tapi, me tak kisah sangat kalau dia tak beri hadiah atau wish birthday. As long as Mr Hubby dapat jadi suami dan abah yang terbaik untuk kami, itu sudah cukup. Dulu, awal perkenalan dan time bercinta, asal 15 April, mesti dapat purse from him. Agaknya, dia sangka me suka kumpul purse kot...huhuhu

Tuesday, March 1, 2011

Hasil Rembatan

Tadaaaaa...
Hebatkan tajuk entry kali ini?

Berikut adalah hasil rembatan barang dapur di Econsave Bangi sempena gaji hujung bulan baru-baru ini :

Total kesemua harga barang ini (include Pet-Pet 1 pack) ialah RM130

Nak review harga :
1.Susu Sustagen Plain RM47.90 (biasa paling murah RM50.90)
2.Sos Cili Life RM1.85 (biasa paling murah RM2.10)
3.Sos Tomato Life RM1.75 (biasa paling murah RM1.95)
4.Pencuci Pinggan Labour RM2.89 (biasa paling murah RM2.95)
5.Sabun Serbuk Bio Zip RM7.89 (biasa paling murah RM8.80)
6.Shower Cream Lux RM4.85 (biasa paling murah RM5.30)
7.Hard Book Cover Binatang RM4.90

Last but not least, hasil rembatan di Radiusite :

Tudung Rose RM29.00x2
Tudung Syria Arab kedut RM39x2

Sabtu & Ahad Bersama Iman dan Izz

Hari sabtu dan Ahad lepas, Mr Hubby sangatlah busy. Lepas habis shift di hotel, ada kerja part time pula. Yang kesiannya ialah anak-anak. Tak sempat nak bergurau senda dan bermain dengan abah. So, ibulah yang jadi mangsa mereka. Tapi, ibu pula sibuk nak uruskan kerja rumah, jadinya tak banyak sangat masa nak layan anak-anak.

Mr Hubby kerja shift pagi (jam 7.00am). So, ambil kesempatan bermalas-malasan. Pukul 8.00 pagi baru bangun. Kemas dapur ala kadar, cuci pinggan. Then, sediakan breakfast-mee goreng saja. Budak berdua tu memang "hantu" mee ok. Walaupun breakfast yang simple, tapi kembang hati ibu apabila tengok anak-anak enjoy makan. See...

terpaksa buka baju izzuddin sebab ibu tak sanggup nak cuci lepas dia habis makan

jemput makan semua..huhu

Lepas breakfast, terus mandi sebab dah comot sangat especially Izzuddin. Then, layan kartun kat tv. Me sibuk pula dengan sidai baju di ampaian.

Tengah hari, Izzuddin dah "pengsan". Senang sikit aktiviti memasak. Padahal masak 4 jenis lauk saja. Sotong masak paprik hitam (tak ada sayur), ikan masak kicap (tak ada dalam gambar-fav Iman dan Izz), sawi masak air dan ikan kembung goreng kunyit. Iman makan sampai 4 kali tambah nasi!!
Petang, adik dah bangun. Riuh kembali rumah. Sekali-sekala terdengar pekikan dan jeritan si ibu (maaf ye jiran-jiranku). Dalam pukul 6 petang, kedua-duanya dah mandi dan siap makan malam.

Time nak tengok berita kedua-dua dah "pengsan". Baru si abah balik ke rumah..