Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, March 9, 2016

Pandora : my Addiction

Handbags, flower & love :)

Tuesday, September 15, 2015

Preloved Elfbeads and Lowanna for Sale

Assalamualaikum,

Nak try my luck, up preloved sale di sini. All authentic, fit Pandora bracelet/ bangle as well.


Price (include shipping) :
1. Lowanna wedding ring dangle RM50
2. Lowanna mushroom RM50
4. Elfbead Halo Ladybug RM50
5. Elfbead Ice Roses RM50

Interested, do WA me at +6019-2075701. Thank you. 

Lama Menyepi

Assalamualaikum

Yuuhuuu...ada lagi tak reader...

Sekian lama menyepi. Dalam usaha nak pulihkan semangat berblog semula. Lately, life was sooo busy like bees.

Di rumah semangat men"deco" makin kuat. In love with this set jati.

Tuesday, January 27, 2015

Madness (lagi dan lagi..)

Assalamualaikum,

Happy New Year 2015.

Lamanya tinggal penulisan blog ni. Hari-hari buka blog, nak menaip posting yang tak berapa rajin, blogwalking pun dah slow.

Alhamdulillah, kehidupan berlalu seperti biasa. Cumanya, kegilaan terhadap beads semakin berkembang. Sekarang bukan setakat Pandora, Lowanna, Elfbeads

Pic-credit to google

My collection (rendam sebelum sental)

Tuesday, August 19, 2014

Pandora Madness (Wishlist)

Kegilaan Pandora semakin menjadi-jadi apabila outlet di Ampang buat sale baru-baru ini. Bracelet hampir separa penuh. Ada a few charm yang menjadi idaman hati tetapi belum dimiliki. Kaedahnya, masuk gaji, kita beli satu-satu. Kalau beli semua sekali, rambut gugur, botak kepala kat tengah jawabnya. Berikut antara charms yang bakal menyusul masuk ke bracelet di bulan-bulan akan datang...






Tema my bracelet adalah munge-munge dan pink-purple. Ini gambar my lovingly bracelet yang blur


P/S : Baru perasan, KJ baru, Dr Mai dan ex-KJ Dr Mony pun ada koleksi Pandora ni

Wednesday, July 2, 2014

Salam Ramadhan 1435H

Assalamualaikum,

Ramadhan tiba lagi. Alhamdulillah, Allah SWT panjangkan umur kita untuk sama-sama mengumpul pahala ibadah di bulan yang paling mulia ini.

Hari ini dah masuk 4 Ramadhan, syukur kepada Allah SWT memudahkan urusan kami sekeluarga berpuasa. Berbuka dan bersahur sederhana sahaja. Tahun ini, kami puasa bertiga, bersama yang permata hati yang sulong, Muhammad Iman. Tahun kedua dia berpuasa, sudah berpesan kepadanya, solat lebih penting daripada puasa. Puasa tanpa solat tiada makna. Harap dia ambil berat perkara ini. Anak seumur dia, urusan ibadat bukan hanya perlu beri arahan, tetapi perlu diajak melakukan bersama, kaedah itu lebih mudah daripada menyuruhnya melakukan sendiri.


Persiapan raya terutamanya baju raya anak-anak lelaki sudah selesai sebelum Ramadhan tiba. Cumanya baju raya si puteri belum jumpa lagi, susah juga nak dapatkan baju (dress) warna tema tahun ini - BLUE. Irdina masih kecil, belum pun 2 tahun. Tak mahu rimaskan dia dengan paksa dia pakai baju kurung. Kalau boleh, nak dapatkan baju raya sleeveless sahaja untuknya. Dia berkulit sensitif, alah cuaca panas, kasihan nanti, tergaru-garu ruam panas di badan.

Last but not least, selamat menunaikan ibadah di bulan yang mulia dan semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kepada kita sekeluarga dan seluruh umat Islam di muka bumi ini. 

Friday, May 16, 2014

Happy Belated Birthday 3 in 1

Assalamualaikum,

Punyalah lama tak update blog. Inilah gara-gara kengkononnya busy, tak menang tangan di rumah dan di office, blog pun dah lama terbiar. Dulu pernah berangan nak jadi penulis, bila dah ada medan untuk menulis, hangat-hangat najis ayam pula.

Whatever lah.

Bulan April lepas, sepatutnya ada triple birthday celecbration, Izzuddin - 5 tahun (2 April), Me, myself - 3? tahun (15 April) dan Iman - 7 tahun (26 April). Me hanya sediakan kek untuk birthday Izzuddin, itupun telewat juga dan umur Izzuddin pun typo atas kek tu. Tak kisahlah, small matter, yang penting, Izzuddin happy.

Sedikit gambar-gambar sekitar sesi potong kek birthday Izz di Tadika FACE UPM



Selamat Bersara Prof Dr. Azizah Osman (AO)

Tanggal 12 April 2014 merupakan hari terakhir perkhidmatan Prof AO di Fakulti, beliau telah bersara dari dunia akademik dan penyelidikan. Jabatan telah merancang satu surprise party di L' apprenti Restaurant UPM.

Memang menjadi surprise tu, Prof. AO sangat terkejut dan teruja. Alhamdulillah, setelah lebih 30 tahun berkhidmat di UPM, kini tiba giliran persaraan beliau. Beliau juga merupakan my lecturer in Post Harvest Handling (undergraduate).

Prof. AO mempunyai memori yang kuat, sangat detail dan dedikasi. Pernah saya tidak dapat hadiri kenduri kesyukuran yang beliau jemput, atas urusan keluarga, dia dapat ingat balik kehadiran saya dan keluarga ke kenduri yang sebelum dan selepas itu.

Semoga Prof. dan keluarga akan sentiasa dalam rahmat Allah, dikurniakan kesihatan yang sihat, berjaya dan berbahagia di dunia dan akhirat. InsyaAllah, bertemu lagi kita di lain waktu.


Tuesday, March 4, 2014

Pandora Madness

Rasukan Pandora semakin menjadi. Baik yang original mahupun yang fake. Keunikan dan kehalusan rekabentuk Pandora bracelet bergantung kepada kreativiti si pemakai. Setiap Pandora bracelet ada cerita tersendiri mengikut charms, dangle dan murano beads yang ada. Jom kita tengok design Pandora bracelet yang ai minat saja k, semestinya semua berkaitan dengan warna pink. Kalau nak warna lain, sila gugel sendiri k.
Ai like charms handbag and high heel

Pinkish tema breast cancer awareness

Gorgeous from Pandora original

Pink love bracelet