Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, October 24, 2012

Muhammad Izzuddin Enterprem Dlm Harian Metro

Harian Metro, 24 Oktober 2012, page 22

Impak positif FACE

SERDANG: Penubuhan Pusat Penyelidikan Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak (FACE) Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) bakal memberi impak positif ke arah pembangunan masyarakat seawal peringkat kanak-kanak sekali gus membantu menjayakan Program Permata Negara, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Menurutnya, selaku Penaung Program Permata, beliau mengalu-alukan pembabitan Face bagi menjalankan penyelidikan mengenai Program Permata Negara di Makmal Taska Permata UPM untuk dijadikan makmal contoh. Katanya, penyelidikan asas penting dalam menjana modal insan cemerlang secara menyeluruh dan kepakaran UPM sebagai universiti penyelidikan tersohor pasti mampu mendokong usaha kerajaan itu apatah lagi dengan tertubuhnya Face. "UPM sudah terbabit secara langsung dalam penggubalan kurikulum Permata malah sejak 2010 lagi, kami (Permata) melantik UPM sebagai agensi utama bagi Program Latihan Pendidik Permata Negara. "Justeru, saya percaya Face bakal memberi impak kepada perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, sosial dan pertuturan apabila dewasa kelak ditambah kemudahan serta prasarana yang disediakan begitu bersesuaian dan kondusif," katanya.

Beliau berucap di majlis perasmian Face dan Makmal Taska Permata UPM di sini, semalam. Hadir sama, Naib Canselor UPM, Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi dan Dekan Fakulti Ekologi Manusia UPM merangkap Penyelaras Pusat Anak Permata Negara UPM, Prof Madya Dr Zaid Ahmad. Beliau berharap Face menjadi pusat penyelidikan unggul bukan hanya di negara ini malah di arena antarabangsa.