Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, June 28, 2011

Meoro Attack

Back to 1990's. Siapa yang membesar di zaman ini dan tak tahu lagu ni, sila angkat tangan. Minat giler cerita ni dulu. Siap minta Ustaz Mat Deris habiskan awal kelas Fardhu Ain sebab tak nak lepaskan peluang tengok cerita ni. Kalau terlepas mana-mana episod, tengok kat TV siam (Perlis senang dapat TV Thai). huhuhu

Sunday, June 12, 2011

Balik Kampung

Bersiaran dari Simpang Empat, Perlis. Berada di bawah pemeliharaan Allah dan kasih sayang mak dan ayah, merupakan sesuatu yang sangat membahagiakan dan sentiasa diimpikan. Today merupakan hari ke-7 me berada di Perlis, berbaki 2 hari lagi. Alhamdulillah, banyak perancangan telah berjaya dilaksanakan. Telah makan apa yang diidamkan, telah dapat berjumpa kawan yang dah lama tak ditemui (Cikgu Nori dah, Bad dan Cikgu Ija belum ketemui lagi). Baki 2 hari lagi, nak buat apa ya? Mungkin boleh gi round Big Field atau makan-makan?

Friday, June 3, 2011

Buku Koleksi Memasak Gerenti Jadi

Kali ini saja nak kongsi pasal my collection-Buku Memasak. Me ada 8 koleksi dari Chef Hanilieza dan 1 koleksi dari Mamafiza. Menarik sangat kedua-dua koleksi ni. Selain draipada resepi yang dipaparkan senang dan bila kita try gerenti jadi, ilustrasi juga menarik, di samping tips dan petua yang diselitkan dalam setiap resepi.

Buku Mamafiza lebih kepada resepi anak-anak. Buku Chef Hanilieza memberikan resepi yang me suka makan dan senang nak sediakan.



Iman dan Izz pun suka tengok gambar makanan dalam buku-buku ini, siap cakap, "Iman nak makan ni, Iman nak ini, Ibu, masak ini k....".