Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, August 19, 2011

19 Ramadhan

Salam uolls,

Sedar tak sedar, dah masuk 19 hari berpuasa. Rugi rasanya, masa berpuasa tak dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan mengumpul pahala sebanyak mungkin dek kerana sibuk urusan duniawi. Tak mengapa, 11 hari masih berbaki. Semoga Allah SWT panjangkan usia untuk meneruskan ibadat berpuasa dan menyambut Ramadahn 1433H pula.

Ramadhan kali ini, me lebih banyak memasak juadah berbuka berbanding beli di PaRam disebabkan susah nak ke sana dengan bertemankan 2 orang askar kecik. Masak simple saja. Dengar kata, harga makanan di PaRam melambung tinggi tahun ini. Entahlah.

Untuk persiapan menyambut Syawal, keperluan anak me utamakan. Setakat hari ini, belum complete lagi untuk mereka. Me dah beli 2 pasang baju kurung yang biasa-biasa saja. Mr Hubby? Dia nak tunggu bonus company katanya...:). Duit raya adalah sikit-sikit untuk anak buah, next week nak tukar duit baru kat bank. Gambar baju raya, next week lah upload (itupun kalau server tak lemb**).

Ok, nak balik dah. Selamat berbuka dan bercuti

Monday, August 15, 2011

Suspek Berjaya Dikesan??

Salam Ramadhan,

Fuh...fuhh...fuh...dah dekat 2 minggu blog tak ber"update". Bz la kononnya. Ok kali ini me nak interframe gambar-gambar sorang suspek yang berjaya dirakamkan kerana tak puasa...Percubaannya untuk membuka peti sejuk, nak ambil agar-agar. Kita saksikan...
"kita ambik bekas besar skit, banyak hasil nak collect"

Lemb** betul nak upload gambar. Itu antara penyebab me malas nak update blog. So, cerita berakhir di sini dulu.

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa. Alhamdulillah, 1 Ramadhan 1432H kali ini masih lagi dipanjangkan umur oleh Allah SWT untuk bersama-sama seluruh muslimin dan muslimat di muka bumi ini mengerjakan rukun islam yang ke-3. Semangat berkobar-kobar nak berpuasa Ramadahan dari awal bulan Sya'aban lagi sebab dok pulun nak habiskan puasa ganti. Syukur, puasa ganti selama 9 hari telah selamat diqadha.

Malam tadi, Iman ajak keluar nak gi beli kereta Batman. Dia ingatkan ada jual kat McDonalds. Hahahahaha...rupa-rupanya, kat kedai Mesra Petronas dekat nun saja dengan rumah. Kawan tak puas hati, hari dah maghrib, dia ajak lagi abah. So, me & Mr Hubby solat di surau Shell. Then, teruskan jalan-jalan cari pasal dengan Iman. Singgah dinner di Restoran Yus Bangi. Makannya kejap saja, yang penat dan lama sebab dok hambat dan tangkap Izzuddin yang sangatlah suka berlari ke sana ke mari nak tengok cat. Bila cat datang dekat, dipanjatnya ibu, dia lari takut. Iman masih belum puas hati lagi, diajaknya abah pergi "konset" (econsave) pula, "Iman nak beli makanan saja. Iman nak tengok mainan, bukan nak beli". Beria dia janji. Masuk dalam econsave, melulu ke arah scooter, nak beli. Abah pujuk cakap duit tak cukup, still tak nak berganjak. Lastly, cakap kedai dah nak tutup, baru dia nak gerak.

So, pagi ini gamble saja bangun sahur sebab tak dengar pengumuman penyimpan mohor besar raja-raja sama ada today puasa atau tidak. Surau pun tak dengar mengaji al-quran dsb, jiran-jiran pun sunyi saja, tak dengar ketung-ketang menggoreng dan basuh pinggan. Confuse? Last-last, sms tanya kat mak. Mak cakap "malam tadi dah start terawikh"...hihihi