Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, May 16, 2014

Happy Belated Birthday 3 in 1

Assalamualaikum,

Punyalah lama tak update blog. Inilah gara-gara kengkononnya busy, tak menang tangan di rumah dan di office, blog pun dah lama terbiar. Dulu pernah berangan nak jadi penulis, bila dah ada medan untuk menulis, hangat-hangat najis ayam pula.

Whatever lah.

Bulan April lepas, sepatutnya ada triple birthday celecbration, Izzuddin - 5 tahun (2 April), Me, myself - 3? tahun (15 April) dan Iman - 7 tahun (26 April). Me hanya sediakan kek untuk birthday Izzuddin, itupun telewat juga dan umur Izzuddin pun typo atas kek tu. Tak kisahlah, small matter, yang penting, Izzuddin happy.

Sedikit gambar-gambar sekitar sesi potong kek birthday Izz di Tadika FACE UPM



Selamat Bersara Prof Dr. Azizah Osman (AO)

Tanggal 12 April 2014 merupakan hari terakhir perkhidmatan Prof AO di Fakulti, beliau telah bersara dari dunia akademik dan penyelidikan. Jabatan telah merancang satu surprise party di L' apprenti Restaurant UPM.

Memang menjadi surprise tu, Prof. AO sangat terkejut dan teruja. Alhamdulillah, setelah lebih 30 tahun berkhidmat di UPM, kini tiba giliran persaraan beliau. Beliau juga merupakan my lecturer in Post Harvest Handling (undergraduate).

Prof. AO mempunyai memori yang kuat, sangat detail dan dedikasi. Pernah saya tidak dapat hadiri kenduri kesyukuran yang beliau jemput, atas urusan keluarga, dia dapat ingat balik kehadiran saya dan keluarga ke kenduri yang sebelum dan selepas itu.

Semoga Prof. dan keluarga akan sentiasa dalam rahmat Allah, dikurniakan kesihatan yang sihat, berjaya dan berbahagia di dunia dan akhirat. InsyaAllah, bertemu lagi kita di lain waktu.