Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, April 29, 2011

Akhirnya...

Setelah hampir 2 bulan iklankan penjualan set Magic English ni, akhirnya ada juga yang nak beli. Hampir sebulan jugalah deal dengan pembeli ni. Baru tengah hari tadi poskan ke Tuaran, Sabah.

Set ni memang sangat menarik dan bagus untuk anak-anak belajar English. Masalahnya, me sayang sangat kat set DVD dan buku Magic English ni sebab harganya mahal (>1k). Jadi, sayang sangat nak bagi anak pegang buku-bukunya, takut koyak, kotor dll. Padahal dah jadi hakmilik pun. DVD memang selalu pasang. So, daripada jadi "gajah putih" atau tukun dalam kotak kuning tu, baik jualkan saja. Alhamdulillah.

So, lepas ni nak goggle set-set yang lebih murah, berbaloi dan menarik untuk pembelajaran anak-anak. Antaranya Pakej Bestari Bacalah Anakku..

Wordless Friday (saja nak kasi terliuq, aci tak?)



Frust

Arghhh!!!frust betullah bila...dah tak boleh pakai benda-benda dalam wardrobe macam baju kurung, jeans, slack, favourite blouse, t-shirt dan sepesen dengannya yang dah dibeli 3-4 tahun lepas. Nak kurus macam ni balik boleh? (gambaq 2004)

Apakah ini petanda mokcik dah gumukss dan mengembang???Bila timbang di ofis dan di rumah, jarum penimbang tak gerak pun, maintain saja di angka 56kg. Atau penimbang tu dah putus wayar atau spring dia dah loose? Tapi, kalau kat bahangian tummy tu mmg mokcik rasa sangat degil lemak 2 ketul ni, sejak lahirkan Izzuddin 2 tahun lepas, dok ada saja kat situ. Nak buat macam mana ya? Kalau suruh gi jogging, mokcik ok saja. Yang tak ok, budak kecik 2 orang tu. Confirm diorang nak ikut, siapa nak jaga? Ada sesiapa yang paksa rela nak jaga? Apaknya asyik sibuk kerja tak tentu masa. Tapi, mokcik memang tak makan waktu malam. Kalau ada pun, seminggu sekali saja. Kalau weekdays, mokcik last makan makanan berat time lunch saja.

Nampak gaya, alternatifnya ialah beli baju baru...YEAAAAHH..apak, dah hujung bulan ni, bila mau kasi fulus?

Tuesday, April 26, 2011

He TuRnS 4 tOdAy


Iman, Happy 4th Birthday. Maaf, ibu busy sangat hari ini dengan seminar dan jadi pengawas exam. Ibu booked dulu entry untuk date today. Esok, ibu janji akan update lagi entry ini.TQIman, kelahirannya 4 tahun yang lalu sangat-sangat dinantikan. Seawal usia Iman 5 bulan dalam kandungan ibu, ibu sudah ada nama untuk baby ini dan sambil usap-usap perut, panggil orang "kat dalam" dengan nama Iman, akan ada tindakbalas sama ada gerakan-gerakan manja atau tendangan ala-ala flying kick dari dalam.Sekarang, Iman dah besar. Makin kurus dan panjang, lawan dengan adiknya, makin debab dan ketot. Iman paling suka kereta. Tak kiralah, daripada mainan (dia banyak koleksi kereta metal die cast, satu hari kena letak juga gambar Iman dengan kereta2 dia), baju, buku, movie, rancangan tv, katil, bedsheet dll. Kalau ibu atau abah belikan mainan kereta untuk dia dan adik, tak lamalah, mainan adik akan jadi mainan dia.

Iman suka makan mee. Kalau makan nasi, kena letak kicap. Masih minum susu dalam botol (kat rumah), even kat taska dah tak boleh bawa botol, kadang-kadang Iman curi-curi hisap susu adik.Iman dah petah bercakap. Di sekolah ibu boleh harapkan Iman untuk jaga adik. Pangasuh di taska pun selalu puji Iman pandai jaga adik. Tetap di rumah, selalu buli adik, main gusti, terjunlah, hempap adik, tarik rambut. kadang-kadang, adik buli abang pun ada juga.

Iman dah mula belajar menulis sambil mengenal abc, 123, "alif ba ta" dan dah boleh pegang pensil dengan betul. Cuma agak susah nak beri perhatian bila diajak belajar.Banyak lagi sebenarnya perkembangan Iman. Cuma ini sahaja yang terlintas di kepala ibu sekarang. Apapun, ibu, abah dan adik sangat sayangkan Iman dan semoga Iman akan membesar menjadi anak dan insan yang soleh, bijak dan dapat menjaga dan menjadi contoh yang baik kepada adik-adik nanti. Kalau boleh, harapan ibu semoga Iman lebih berjaya daripada ibu dan abah di dunia dan di akhirat...

Thursday, April 21, 2011

PaDa SuAtU hArI...

Tok, Wan dan Maksu Fatin datang ke rumah dengan planning last minute. Nasib baik Ibu sempat kemas rumah. Kalau tidak, malulah kat Tok. Kasihan Wan, dia demam sebab dalam perjalanan ke Kajang naik keretapi, Wan tidur tak pakai baju dan terlupa nak selimut. Bila Wan tersedar, Wan menggigil kesejukan (aircond). Sampai di rumah Iman, Wan demam. Tak dapatlah Wan nak penuhi hajatnya datang ke rumah Iman iaitu nak main dengan cucu (Iman dan adik).

Tok dan Wan bawa ole-ole iaitu ikan bawal putih, udang besar dan bauhulu 150 biji (kesukaan adik).
Tok, Wan dan Maksu berada di rumah Iman selama 2 hari 1 malam. Keesokan harinya, Iman dan adik nangis-nangis taknak ikut ibu pergi sekolah sebab nak main dengan Maksu. Sesekali Ibu call Maksu tanyakan tentang Iman dan adik. Maksu cakap Iman dan adik main terjun sofa.

Malam Isnin, Iman, adik, abah dan ibu pergi hantar Tok, Wan dan Maksu ke KL Sentral. Pertama kali Iman dan adik dapat naik keretapi (komuter). Iman sangat gembira dan teruja. Iman dan adik makan chicken porridge di McDonald. Sedap sehingga menjilat sudu.

Mana train ni, lambatnya Iman dan adik tunggu

Tok, Wan dan Maksu naik keretapi pukul 9.00 malam. Bye Tok, bye Wan, bye Maksu. Nanti datang lagi ya rumah Iman.

Last but not least...

Friday, April 15, 2011

Happy 31st Birthday To Me

hehehe...entry malas...moh same2 saksikan videoclip Usop Wilcha ni nyanyikan lagu Happy Birthday To Me

Wednesday, April 13, 2011

Fuhhhh Lega

Apa yang lega? Hahahahahaha lega sebab dah berjaya settle kan kerja-kerja yang dah bertangguh-tangguh hampir 2 minggu, gara-gara nak siapkan 1 kerja yang terpaksa hangkut balik rumah tak kira weekend atau weekdays. Serius! Sampaikan nak kemas rumah pun dah tak kuasa. Buat ala kadar saja.

So, bila kerja yang bertangguh dah selesai pagi tadi, barulah lega kepala otak, lapang dada. Kalau tidak, hari-hari dok teringat bila nak buat, bila nak settle. Antara kerja-kerja tu ialah semak sebutharga, buat arahan bayaran, semak fail ISO, kemas dokumen atas meja masuk balik dalam fail. Barulah clear meja, tak serabut nak mulakan kerja yang baru. Balik karang nak mengemas rumah dengan penuh komited pulak. :)

Monday, April 4, 2011

He turns 2 (2nd April 2011)

Alhamdulillah..
I'm So Glad That..
Allah Gave Me A Son Like Him
I'm So Proud To Have Him As My Son
I See A Little More Of Me
In year each passing year
No Matter How Many Birthdays Come and Go
He will always be my little boy

2 April 2009-welcome to the world my dear Izzuddin


Mandi dengan Tok Puteh...good boy


Abang kecik interprem. Asyik nak sayang adik. Adik cool saja


Main air


Abah tak belikan helmet, adik pakai ini pun ok juga


My handsome boy (Aidilfitri pertama di rumah Tok Bukit Bading)

Friday, April 1, 2011

e-Filing

Baru selesai mengisi e-Filing sejurus mengambil Borang EC dari bahagian kewangan.

Walaupun tak banyak tuntutan, tapi oklah untuk berjimba-jimba di bulan April ini.

So, kengkawan bila lagi? Kalau cepat isi, cepatlah dapat cek nanti.