Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, May 27, 2011

Mak...

Alhamdulillah, me bersyukur sangat dianugerahkan emak yang sangat-sangat memahami keadaan anak-anaknya, Puan Puteh bt. Rejab.

Di kala diri ini dirundung masalah yang amat sukar mencari jalan keluarnya, emak membantu memberi pendapat yang sangat terbaik iaitu kembali kepada Allah sebab kadang-kadang Allah sengaja menguji hambaNya di kala hambaNya itu tersasar jauh dari landasan untuk kembali ke landasan yang sebenar. Me tak dapat nak bayangkan suatu hari nanti andainya mak dijemput terlebih dahulu oleh Dia Yang Esa. Walaupun me dah berkeluarga, tapi me tetap perlukan mak, dan kadang-kadang melebihi suami disebabkan mak lebih memahami dan mengenali hati budi anaknya ini.

Mak, Ti sayangkan mak sangat-sangat. Maafkan segala salah silap Ti. Ti masih memerlukan doa, nasihat dan kata-kata semangat serta dorongan dari mak untuk terus kuat berdiri di bumi ini. Walau seberapa banyak bakti, kasih sayang dan doa yang Ti dapat curahkan kepada mak, tapi tetap tak terbalas. Moga Allah SWT kurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik kepada mak dan peluang kepada Ti untuk terus berbakti kepada mak...

Monday, May 9, 2011

Gantinya...

mengandungi :

Gambar ehsan google

Kedua-dua item ni sampai pagi tadi & last friday. Semangat berkobar-kobar nak balik ajar anak-anak membaca dll.