Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, December 2, 2011

@ Perlis

Gambar cucu Tok Puteh dan Wan Halim

Salam Jumaat semua,

Sangat heaven bila dapat balik Perlis dan semua adik-beradik ada di rumah. Malangnya, cuma sang suami tidak dapat menikmati saat-saat indah bersama disebabkan komitmen kerjayanya.

Antara orang yang paling best balik kampung ialah Iman. Kali ini, every night dia akan minta "Nak balik rumah Mian". Mian merupakan sepupunya. Of course la rumah Mian banyak toys. Iman tak bawa balik even satu toys pun. So, Wan dan Pak Long lah yang bersusah payah pergi hantar dan ambil dia.

Buat apa di Perlis?
Jawabnya : Dah doktor kasi 2 minggu MC, baut apa nak bertapa di Kajang. Baik kita balik kampung. Macam-macam boleh buat. Antara yang dah berjaya dibuat ialah mengurut dengan Ms. Shirah a.k.a isteri Mail, potong rambut Iman dan Izz, beli kain kosong yang dah lama dok peram (macam la di sana tak ada kedai kain), makan ikan bakar + sotong goreng tepung@Kuala Perlis, beli ubat/jamu untuk kuatkan balik peranakan, buat facial & urut mak, berjimba di C-Mart Arau.

Petang ni ingat nak pi lawat my 3 BFF pula. Sebut pasal buat facial & urut mak, terharu sebenarnya. Mak tak minta pun, tapi me yang offer. Time acara berlangsung, dok terasa, kalaulah ini perkhidmatan ku yang terakhir untuk mak... ;( Ya Allah,panjangkanlah usiaku dan ibu bapa ku untuk aku dapat berjasa lagi dan menyenangkan hati mereka...Amin

Walaupun cuti, kerja di ofis@lab tetap kena buat/hantar online. Especialy pengisian TNA staf. Ini komitmen kepada UPM namanya.

InsyaAllah, Ahad ni me akan bertolak balik ke Kajang untuk memulakan rutin harian sebagai isteri, ibu dan pekerja...