Cantik sungguh rantai tangan ini, terutamanya material Swarovski Crystal in Rose, diikat dengan Emas 14 Karat menambahkan lagi keindahannya.
Pertama kali terpandang iklan di FB, terus terjah FB Nilam Baiduri Acc untuk pilih design dan buat tempahan. Servis pun ok. Alhamdulillah, dah selamat sampai di tangan, sangat puas hati, buatannya pun kemas dan teliti.
Once God ordered His angels to go and introduce someone who should be the most precious being on earth... Promptly, they came down to Malaysia and create a charming girl who is later named as...
Friday, July 20, 2012
Wednesday, July 18, 2012
Qhada Puasa
Alhamdulillah dah masuk 28 Sya'ban 1433H hari ini. Apa yang menariknya? Untuk orang lain, maybe buat potluck atau yang berkaitan dengannya di office sebelum menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. For me? Hari ini, InsyaAllah tamatlah penggantian puasa Ramadhan 1432H yang lalu, tak banyak, 7 hari sahaja. Tetapi, sikap last minute ditambah pulak dengan alasan pregnant (boleh blah), semoga hari ini complete lah puasa ganti. Taknak jadi macam ada satu tahun tu, sampai kena bayar fidyah sebab tak sempat nak ganti, gara-gara last minute la. Jenuh mencari pusat zakat time tu sebab nak bayar denda secupak beras saja. Padahal kat Pusat Islam di UPM pun ada, tak terfikir pun.
Esok dah boleh teropong anak bulan, kalau muncul, hari Jumaat 20 Julai la 1 Ramadhan untuk tahun ni. Hopefully dapat puasa penuh tahun ini. Adik baby, bantu ibu k, kita cuba bertahan untuk berpuasa penuh hingga 30 Ramadhan, InsyaAllah. Dr. Rahaya pun sahkan development adik baby normal dan ibu boleh berpuasa seperti biasa.
Tuesday, July 17, 2012
Rindu Bau Wangi Baby
Godek PC time hujan-hujan ni, terjumpa gambar 3 tahun dulu. Iman baru genap 2 tahun dan Izzuddin baru beberapa hari dilahirkan. Geram sungguh tengok Izzuddin, tembam sangat pipi adik baby time ni. Bau wangi semulajadi macam bau bedak johnson baby. Baik saja lena. Tapi bila pagi-pagi buta, mulalah menangis ajak orang berjaga dengan dia. Iman pun muka baby masih ada. Rindunya nak menimang baby lagi. InsyaAllah, tak lama lagi. Moga diperkenankan olehNya, kalau boleh dipilih-pilih nak xx pulak kali ni. xy dah ada 3 orang di rumah.
Wednesday, July 4, 2012
APC 2011 Siri 2 : Alignment Dah Lari?
Tadaaaaaaaaaaaa...
Hahahahahahahaahhahahaa... : p . For introduction, kita ketawa panjang-panjang dulu. Baru download gambar majlis Gemilang Putra UPM 2012. Ketawa melihat gambar sendiri. Sempat pulak tidoq depan VC, dah la tu, baru perasan yang alignment badan sudah lari. Tak kira, walaupun dalam gambaq tu, ku kelihatan buruks, tetap nak letak juga kat my blog. Kenangan beb, bukan senang nak naik pentas gini, tunggu 5 tahun baru dapat. Gambar APC 5 tahun yang lalu, masih selim melim (baru anak sorang), gambar half. Kali ni, dah la tengah pregnant, gambar full pulak tu.
Realitinya, aku sudah gumuksss...Padahal, time tu baru 12weeks pregnant. Apa nak buat, redha saja dulu. Lepas deliver, kita start operasi membakar lemak-lemak tak perlu di badan.
Subscribe to:
Posts (Atom)