Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, May 30, 2013

Hari Sukan FACE - Tadika dan Taska Fakulti Ekologi UPM

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Hari Sukan FACE untuk tahun ini berlangsung pada 22 Mei, hari Rabu. Tahun ini buat pertama kalinya abah dapat bersama-sama Iman dan Izzuddin turun padang untuk beri sokongan moral. Tahun-tahun sebelum ini, hanya ibu yang dapat bersama abang dan adik. Biasalah, orang kerja shift...
Berarak masuk ke Padang

Kesian si kecl Irdina, demam. Tak dapatlah nak berjemur panas bersama-sama abang-abang di padang. Kena rehat di rumah babysitter. Izzuddin masuk acara lari susun tin. 
Ready...set...go..

See, see..Izzuddin berlari dengan penuh bergaya setelah selesai buat menara tin

Izzuddin dapat no. 4. Sukanya dia dapat hadiah 

Acara Abang Iman lewat sedikit, bermula di waktu bahang panas matahari mula membakar kulit...Sayangnya, Abang Iman dapat nombor banyak sangat. Jadi, tak dapat hadiah pun. Takpe, yang penting semangat kesukanan tu. Ini tahun terakhir Iman di sini setelah 6 tahun bersama-sama dengan cikgu-cikgu dan pengasuh.. ;(
Senyum sampai ke telinga walaupun kalah

Last but not least MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Thursday, May 2, 2013

Tunjuk Skill

Dear all,

Assalamualaikum...ish, ish, ish...anak dara sorang ni. Asal baringkan dia, dia meniarap, asal dia meniarap, dia baring...Ibu selalu cakap, "adik nak tunjuk skill". Alhamdulillah, anak yang paling cepat tunjuk skill meniarap, seawal umur 77 hari berbanding abang-abangnya. 


Yang merisaukan ialah bila dia meniarap waktu tidur. Na'uzubillah...3,4 kali dah (ibu tersedar dan terkejut). Tapi, dia telengkan kepala dia, so senang untuk bernafas. Walaupun sendal dengan bantal di sisi dia, kuat juga dia menolak bantal tu...mihmihmihmih

Senyuman yang bisa menarik hati ramai orang dewasa untuk mengasihinya dan mengingatinya...