Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, August 20, 2013

Aidilfitri 1434H

Salam Aidilfitri,

Raya ke-13 baru nak update cerita raya. Tak kisahlah, ada orang yang baca blog ni ke? Selama ini, dok tulis blog syok sendiri saja. Baca sorang-sorang, senyum sorang-sorang. 

Baju raya kami sekeluarga serba merah+pink tahun ini. Sedih juga bila tailor call sehari sebelum raya, baju raya Irdina tak sempat siap. Mujur ibu tergerak hati nak bawa balik kampung dress pink ni. Matching la juga sikit-sikit. Raya tetap raya. Tahun ini, kami beraya di Bukit Bading, Terengganu. Meriah juga, cucu Tok dan Ayah Ki makin ramai, dah 12 orang rupanya.

Warna merah ong tema kami tahun ini. Irdina tak ikut tema sgt sebab baju raya dia tak siap :(

Raya pertama, kami bersalaman, bermaafan di rumah saja. Budak-budak datang kutip duit raya macam raya yang kebiasannya. Menu raya, mee rebus/kuah. Adik Ipar yang sediakan. Ketupat pulut, nasi minyak pun ada. Raya kedua, balik kampung Tok dan Toki di Kesom ke Jeram? Confuse kak, tapi salah satu lah. Part paling best, ibu-ibu bertukar-tukar duit raya kat anak-anak buah. Banyak juga lah Iman, Izzudiin dan Irdina dapat duit raya, masuk ASB lah anak-anak ibu k. Raya ke-4, khenduri kahwin Ika dan Amal. Selamat pengantin baru...Mr. Hubby busy dengan kerja wiring rumah kawan dia di Setiu. Drive sendiri lah. Mak mertua jadi co-pilot merangkap babysitter Irdina semasa ibu memandu. Hahaha...seronok juga sesekali bergerak sendiri (tanpa Mr. Hubby) jalan-jalan di Terengganu.

Selamat Pengantin Baru Ika dan Amal

Raya ke-6 kami sekeluarga bertolak balik ke Kajang. Alhamdulillah, jalan ok, tak jammed. Sambung beraya dengan jiran sebelah-menyebelah dan kengkawan di sini pula. Tahun ni, mungkin kami sekeluarga tak buat open house, tapi jika ada yang nak datang, kami alu-alukan...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H
MAAF ZAHIR DAN BATIN