Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, July 2, 2014

Salam Ramadhan 1435H

Assalamualaikum,

Ramadhan tiba lagi. Alhamdulillah, Allah SWT panjangkan umur kita untuk sama-sama mengumpul pahala ibadah di bulan yang paling mulia ini.

Hari ini dah masuk 4 Ramadhan, syukur kepada Allah SWT memudahkan urusan kami sekeluarga berpuasa. Berbuka dan bersahur sederhana sahaja. Tahun ini, kami puasa bertiga, bersama yang permata hati yang sulong, Muhammad Iman. Tahun kedua dia berpuasa, sudah berpesan kepadanya, solat lebih penting daripada puasa. Puasa tanpa solat tiada makna. Harap dia ambil berat perkara ini. Anak seumur dia, urusan ibadat bukan hanya perlu beri arahan, tetapi perlu diajak melakukan bersama, kaedah itu lebih mudah daripada menyuruhnya melakukan sendiri.


Persiapan raya terutamanya baju raya anak-anak lelaki sudah selesai sebelum Ramadhan tiba. Cumanya baju raya si puteri belum jumpa lagi, susah juga nak dapatkan baju (dress) warna tema tahun ini - BLUE. Irdina masih kecil, belum pun 2 tahun. Tak mahu rimaskan dia dengan paksa dia pakai baju kurung. Kalau boleh, nak dapatkan baju raya sleeveless sahaja untuknya. Dia berkulit sensitif, alah cuaca panas, kasihan nanti, tergaru-garu ruam panas di badan.

Last but not least, selamat menunaikan ibadah di bulan yang mulia dan semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kepada kita sekeluarga dan seluruh umat Islam di muka bumi ini.