Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, May 16, 2014

Selamat Bersara Prof Dr. Azizah Osman (AO)

Tanggal 12 April 2014 merupakan hari terakhir perkhidmatan Prof AO di Fakulti, beliau telah bersara dari dunia akademik dan penyelidikan. Jabatan telah merancang satu surprise party di L' apprenti Restaurant UPM.

Memang menjadi surprise tu, Prof. AO sangat terkejut dan teruja. Alhamdulillah, setelah lebih 30 tahun berkhidmat di UPM, kini tiba giliran persaraan beliau. Beliau juga merupakan my lecturer in Post Harvest Handling (undergraduate).

Prof. AO mempunyai memori yang kuat, sangat detail dan dedikasi. Pernah saya tidak dapat hadiri kenduri kesyukuran yang beliau jemput, atas urusan keluarga, dia dapat ingat balik kehadiran saya dan keluarga ke kenduri yang sebelum dan selepas itu.

Semoga Prof. dan keluarga akan sentiasa dalam rahmat Allah, dikurniakan kesihatan yang sihat, berjaya dan berbahagia di dunia dan akhirat. InsyaAllah, bertemu lagi kita di lain waktu.


No comments: