Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, January 12, 2011

"Customer Always Right"

Entry kali ini, me nak cerita tentang pentingnya pengguna sedar akan hak mereka.

Begini, me keluar lunch tadi ke SS. Singgahlah kedai runcit untuk beli sedikit epal, lalu tepi sebuah restoran 24 jam yang baru dibuka tak sampai sebulan. Habis shopping kat kedai runcit tu, hati teringin sangat nak menapak ke restoran tersebut. Me memang suka makan makanan bergoreng even time lunch, so me order nasi putih, daging masak merah, sup kosong dan teh o ais. Semasa order tu, sempatlah belek senarai menu dan harga yang ada atas meja.

Ramai juga customer restoren ni. Service agak tip-top, sambil layan Discovery Channel kat Astro, dalam 5 minit, semua makanan sampai ke meja. Rasa makanan not bad, lain kali boleh datang lagi. Tup-tup, datang sorang mamat ni, datang hampiri my table dan bagi kertas putih kecil, ingatkan peminat :P dia tulis harga makanan rupanya. Saja belek lama sikit kat nota kecil tu, dalam hati berbisik, "apesal kat menu harga nasi putih & daging merah RM5.00, tapi kat note tu mamat tadi tulis RM5.50?" So, me panggil semula mamat yang tulis harga tadi dan tanya dia apesal harga tak sama dengan menu. Dia explain yang kat menu tu harga lama, yang dia tulis kat kertas kecil tu harga baru. Padahal, restoran ni baru saja beroperasi lebih kurang sebulan kat tempat tu, cepatnya harga naik. So, tak puas hati lagi, "mana boleh buat macam ni, kalau harga baru pun, kenapa menu ini dengan harga lama you all letak kat meja, nanti ramai yang complaint, lagi teruk kalau customer bawa benda ni ke tribunal pengguna." Kecoh sekejap, tapi masih dalam keadaan terkawal, tup-tup someone yang tadi jaga cashier counter datang (me rasa maybe owner dia or suku sakat owner dia). Dia minta maaf dan suruh mamat tu tulis balik based pada harga kat menu.

Habis makan, me nak bayar kat kaunter, sepatutnya harga makanan RM6.20 (dengan air), cashier tu bagi lagi diskaun 20 sen. Alhamdulillah, thanks ya handsome.

Moral of the story, jangan kasi diorang "pijak kepala" kita sebagai customer. Jangan takut nak bersuara, bukan nak berkira sangat dengan 50sen tu, tapi kalau dah 10 orang terkena, 100 orang, dah berapa banyak diorang untung..

No comments: