Once God ordered His angels to go and introduce someone who should be the most precious being on earth... Promptly, they came down to Malaysia and create a charming girl who is later named as...
Tuesday, April 26, 2011
He TuRnS 4 tOdAy
Iman, Happy 4th Birthday. Maaf, ibu busy sangat hari ini dengan seminar dan jadi pengawas exam. Ibu booked dulu entry untuk date today. Esok, ibu janji akan update lagi entry ini.TQIman, kelahirannya 4 tahun yang lalu sangat-sangat dinantikan. Seawal usia Iman 5 bulan dalam kandungan ibu, ibu sudah ada nama untuk baby ini dan sambil usap-usap perut, panggil orang "kat dalam" dengan nama Iman, akan ada tindakbalas sama ada gerakan-gerakan manja atau tendangan ala-ala flying kick dari dalam.Sekarang, Iman dah besar. Makin kurus dan panjang, lawan dengan adiknya, makin debab dan ketot. Iman paling suka kereta. Tak kiralah, daripada mainan (dia banyak koleksi kereta metal die cast, satu hari kena letak juga gambar Iman dengan kereta2 dia), baju, buku, movie, rancangan tv, katil, bedsheet dll. Kalau ibu atau abah belikan mainan kereta untuk dia dan adik, tak lamalah, mainan adik akan jadi mainan dia.
Iman suka makan mee. Kalau makan nasi, kena letak kicap. Masih minum susu dalam botol (kat rumah), even kat taska dah tak boleh bawa botol, kadang-kadang Iman curi-curi hisap susu adik.Iman dah petah bercakap. Di sekolah ibu boleh harapkan Iman untuk jaga adik. Pangasuh di taska pun selalu puji Iman pandai jaga adik. Tetap di rumah, selalu buli adik, main gusti, terjunlah, hempap adik, tarik rambut. kadang-kadang, adik buli abang pun ada juga.
Iman dah mula belajar menulis sambil mengenal abc, 123, "alif ba ta" dan dah boleh pegang pensil dengan betul. Cuma agak susah nak beri perhatian bila diajak belajar.Banyak lagi sebenarnya perkembangan Iman. Cuma ini sahaja yang terlintas di kepala ibu sekarang. Apapun, ibu, abah dan adik sangat sayangkan Iman dan semoga Iman akan membesar menjadi anak dan insan yang soleh, bijak dan dapat menjaga dan menjadi contoh yang baik kepada adik-adik nanti. Kalau boleh, harapan ibu semoga Iman lebih berjaya daripada ibu dan abah di dunia dan di akhirat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Happy birthday Iman, be agood boy to mummy ok. Dekat2 ja date dgn izzuddin...
Post a Comment