Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, June 27, 2012

APC 2011

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua penerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2011. Segala kerja keras, penat jerih rasa dihargai. Terima kasih juga kepada Ketua Jabatan, Dr. Faridah Abas dan Dekan, Prof. Dr. Mohd. Yazid kerana memberikan markah LPPT yang selayaknya mungkin untuk membolehkan staf mu ini mendapat anugerah ini walaupun diletakkan dalam kouta insentif.

Kali pertama Me dapat anugerah ini ialah untuk tahun 2006. Rezeki kehadiran Iman mungkin. Kali ini mungkin rezeki bakal kehadiran adik baby. Tetapi, untuk tahun 2006, memang Me amat terasa perit jerih bekerja tahun itu di mana fakulti yang baru mengalami kebakaran, makmal penyelidikan tiada staf yang incharge. Me diarahkan membantu pensyarah untuk mengenalpasti alatan-alatan yang terbakar, membuat perolehan, tender, sebutharga dan lain-lain. Syukur kepadaNya.

Thursday, June 21, 2012

Tahniah Mak & Ayah : Haji Kecil

*sorry arr tuan punya gambaq, ai copy

Alhamdulillah dan tahniah kepada mak dan ayah kerana telah berjaya menyahut panggilan Allah SWT ke tanah suci menunaikan ibadat umrah baru-baru ini. Setelah kelibat mak dan ayah kelihatan di Lapangan Terbang Kepala Batas, hati jadi sebak, mata terasa panas, air mata mula bertakung, tapi cuba ditahan dan disembunyikan. Risau kalau adik-beradik yang lain dan anak-anak buah nampak, malu den. Rasa macam dah bertahun tak jumpa mak dan ayah.

Yang lebih happy dan excited ialah ayah. Ya lah, mana taknya, macam mimpi dapat pergi ke sana. Banyak pengalaman menunaikan ibadat umrah diceritakan oleh ayah berbanding mak. Semua anak cucu yang menunggu di rumah ada habuan ole-ole yang ayah belikan. Mak macam biasalah, beli ala kadar saja, bukan kaki shopping macam anak-anak perempuan dia. For me, tak kisah sangat semua tu. Saja nak ngusik anak menakan, Thirah dan Nurdhia.

Mengambil kesempatan cuti sekolah dan taska serta tadika anak-anak turut tutup, seminggu juga balik ke Perlis bertemankan adik bongsu yang juga cuti semester selama 1 bulan. Mr Hubby biasalah, tiada cuti untuk join. Dia hanya datang setelah percutian berakhir untuk meng"escort" kami balik ke Kajang.

Kat rumah mak dan ayah terasa kosong. Di tambah pula dengan rasa perasan bertanggungjawab kena jaga adik bongsu yang dah besar panjang. Alhamdulillah, dapat juga menunaikan selera yang dok mengidam selama ni : goreng pisang dan kuih 'asidah Taman Pelangi, bihun sup & bihun goreng Pak Dai, nasi goreng udang tangki ayaq, laksa kola, ABC Simpang 4. Hampir 6 hari duduk di sana menunggu mak dan ayah pulang dari berumrah. Nasib baiklah ada anak-anak buah, abang dan adik-adik yang bercuti bersama. Tetapi, kelompangan tetap terasa. Hari ke-5 percutian, barulah bersemangat sikit untuk bawa budak berdua tu keluar dari Simpang 4. Bawa pergi makan KFC di Kangar, sangatlah heaven bagi Iman dan Izzuddin, kononnya.

Apapun, kalau panjang umur, InsyaAllah raya Aidilfitri tahun ini giliraan negeri Perlis ye. Jangan buat-buat lupa. Ketemu lagi kita.

Semoga mak dan ayah dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah haji pula. Amin..

Monday, June 18, 2012

Berat Badan Ibu Mengandung ~ Berat Bayi Hanya 1/4?

Secara purata, sepanjang tempoh kehamilan seseorang wanita, berat badan akan bertambah 10-15 kg sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Berikut adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada pertambahan berat badan:

Berat bayi : 2.5 – 3 kg

Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg

Penambahan darah : 1.5 – 2 kg

Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg

Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg

Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg

Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg

Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza.

Patutlah, bukan main susah nak menurunkan berat badan selepas "mengeluarkan isi utamanya" iaitu si baby yang comel. Apapun, itulah pengorbanan seorang wanita bergelar ibu.