*sorry arr tuan punya gambaq, ai copy
Alhamdulillah dan tahniah kepada mak dan ayah kerana telah berjaya menyahut panggilan Allah SWT ke tanah suci menunaikan ibadat umrah baru-baru ini. Setelah kelibat mak dan ayah kelihatan di Lapangan Terbang Kepala Batas, hati jadi sebak, mata terasa panas, air mata mula bertakung, tapi cuba ditahan dan disembunyikan. Risau kalau adik-beradik yang lain dan anak-anak buah nampak, malu den. Rasa macam dah bertahun tak jumpa mak dan ayah.
Yang lebih happy dan excited ialah ayah. Ya lah, mana taknya, macam mimpi dapat pergi ke sana. Banyak pengalaman menunaikan ibadat umrah diceritakan oleh ayah berbanding mak. Semua anak cucu yang menunggu di rumah ada habuan ole-ole yang ayah belikan. Mak macam biasalah, beli ala kadar saja, bukan kaki shopping macam anak-anak perempuan dia. For me, tak kisah sangat semua tu. Saja nak ngusik anak menakan, Thirah dan Nurdhia.
Mengambil kesempatan cuti sekolah dan taska serta tadika anak-anak turut tutup, seminggu juga balik ke Perlis bertemankan adik bongsu yang juga cuti semester selama 1 bulan. Mr Hubby biasalah, tiada cuti untuk join. Dia hanya datang setelah percutian berakhir untuk meng"escort" kami balik ke Kajang.
Kat rumah mak dan ayah terasa kosong. Di tambah pula dengan rasa perasan bertanggungjawab kena jaga adik bongsu yang dah besar panjang. Alhamdulillah, dapat juga menunaikan selera yang dok mengidam selama ni : goreng pisang dan kuih 'asidah Taman Pelangi, bihun sup & bihun goreng Pak Dai, nasi goreng udang tangki ayaq, laksa kola, ABC Simpang 4. Hampir 6 hari duduk di sana menunggu mak dan ayah pulang dari berumrah. Nasib baiklah ada anak-anak buah, abang dan adik-adik yang bercuti bersama. Tetapi, kelompangan tetap terasa. Hari ke-5 percutian, barulah bersemangat sikit untuk bawa budak berdua tu keluar dari Simpang 4. Bawa pergi makan KFC di Kangar, sangatlah heaven bagi Iman dan Izzuddin, kononnya.
Apapun, kalau panjang umur, InsyaAllah raya Aidilfitri tahun ini giliraan negeri Perlis ye. Jangan buat-buat lupa. Ketemu lagi kita.
Semoga mak dan ayah dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah haji pula. Amin..
No comments:
Post a Comment