Alhamdulillah dah masuk 28 Sya'ban 1433H hari ini. Apa yang menariknya? Untuk orang lain, maybe buat potluck atau yang berkaitan dengannya di office sebelum menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. For me? Hari ini, InsyaAllah tamatlah penggantian puasa Ramadhan 1432H yang lalu, tak banyak, 7 hari sahaja. Tetapi, sikap last minute ditambah pulak dengan alasan pregnant (boleh blah), semoga hari ini complete lah puasa ganti. Taknak jadi macam ada satu tahun tu, sampai kena bayar fidyah sebab tak sempat nak ganti, gara-gara last minute la. Jenuh mencari pusat zakat time tu sebab nak bayar denda secupak beras saja. Padahal kat Pusat Islam di UPM pun ada, tak terfikir pun.
Esok dah boleh teropong anak bulan, kalau muncul, hari Jumaat 20 Julai la 1 Ramadhan untuk tahun ni. Hopefully dapat puasa penuh tahun ini. Adik baby, bantu ibu k, kita cuba bertahan untuk berpuasa penuh hingga 30 Ramadhan, InsyaAllah. Dr. Rahaya pun sahkan development adik baby normal dan ibu boleh berpuasa seperti biasa.
1 comment:
Tq for sharing! Yanko nak kongsi artikel Kereta Sewa Langkawi, Kereta Sewa Kl, Penapis Air Terbaik dan Kereta Sewa Murah Di Kuala Terengganu
Post a Comment