Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, April 17, 2013

Nuradelya Irdina Mohd. Anuarul Azhar

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini genap usia Irdina 3 bulan 5 hari. Baru ibu ada kesempatan nak kongsi pengalaman melahirkan Irdina.

Me ambil cuti bersalin awal 2 minggu. Dalam 27 Disember 2012, Mr. Hubby hantar kami anak-beranak ke rumah mak di Perlis. Sengaja ambil cuti awal, nak berehat. Penat sangat rasanya nak naik turun tangga di makmal. Iman dan Izzuddin cuti panjang lebih kurang selama 2 bulan yuran taska/tadika tetap kena bayar full. Minggu pertama kat Perlis, best. Apa yang teringin nak makan semua dapat, hari-hari pi C-Mart Arau, jalan sana, jalan sini tak sedar diri, jalan dah macam peguin, kena pula Pak Najib bagi bonus...hua..hua..hua..

Masuk minggu kedua, dah start boring. Berbalik kepada tujuan asal balik kampung, iaitu nak bersalin dan berpantang. Orang yang nak dibersalinkan, tak sampai masa nak keluar lagi. Berdebar-debar, risau, jemu juga menghitung hari, bilalah adik baby nak keluar ni.


Pagi Sabtu, 12 Januari 2013, usai solat Subuh, tidur balik. Dalam pukul 10 pagi, baru bangun. Laparnya, ditambah dengan perut memulas-mulas senak, mungkin masuk angin sebab malam tadi tak makan. Asyik ulang toilet 5,6 kali juga. Mak dah rasa lain macam. Tapi, me tetap bertahan, mengatakan belum masanya. Sakit ala-ala contraction dan senak senggugut datang makin kerap, makin kerap. Tapi boleh ditahan lagi. Sampai satu tahap, bila sakit tu datang, me kena baring atau duduk sekejap. Mak dah kelam-kabut suruh me dan anak-anak mandi dan siap. Ayah masih di Kuala Perlis. Abang Din dah call ambulans. Me dah sms dan call JM minta datang. Bila JM sampai, katanya dah ada jalan, bukaan 1-2 cm. Tapi tak ada tanda turun darah atau pecah air ketuban. Contraction makin kerap. JM bagi option sama ada nak gi hospital sendiri atau naik ambulans. Mak suruh nak ambulans.

Pukul 12.30 pm, ambulans sampai. Huh...azabnya nak berjalan even nak naik ambulans kat depan rumah. Dalam ambulans, mak bantu tenangkan me yang tengah menahan kesakitan. Mak pesan ingat Allah selalu, mengucap, selawat nabi, baca doa dll. Bila sakit datang, me genggam kuat tangan mak, mak gosokkan perut dan peha, rasa lega sikit.  Sampai hospital, sorry laa, memang tak boleh nak turun jalan kaki. JM dan driver ambulans tolakkan me masuk ke wad bersalin. Dr. yang sambut minta me turun jalan untuk tukar katil. Maaf sekali lagi, memang sakit sangat, tak boleh gerak lagi. Dr. buat VE, dah 7 cm, darah dah banyak keluar. Apa lagi, terus diminta ke labour room. Ku gagahkan diri bangun dan berjalan masuk ke labour room demi anak tercinta yang ku kandung selama 40 minggu. Me mohon maaf kepada mak dan pesan minta mak sampaikan salam dan kemaafan kepada Mr. Hubby nun jauh di Kajang. Melahirkan kali ke-3, tanpa suami di sisi. Kat dalam labour room, ramai nurse dan doktor pelatih, saya suka, saya suka. Semuanya baik-baik dan helpful. Bila sakit contraction datang, me pegang tangan salah sorang adik nurse pelatih, dia tersenyum tanda faham. TQ u alls, moga u alls berjaya menjadi nurse dan doktor sebenar. Bila rasa baby dah nak keluar, try teran. Staff nurse check, katanya tak lepas tulang pinggul lagi. Dia minta me mengiring untuk bantu "tulang tu buka". Alhamdulillah, tak lama lepas tu, rasa sakit baby nak keluar, nurse dan doktor pelatih or not, me tak kira dah, diorang bagi semangat...apa lagi, sedaya upaya meneran untuk keluarkan baby. Rasanya 5-6 kali teran, tepat jam 1.50 pm, lahirlah anakku tercinta ke dunia dengan berat 3,250 gram. Dr tunjukkan alat sulit dia, berdebar-debar juga...Yuuhooo...XX, confirm nama Irdina. Dia dibersihkan, Dr uruskan pengeluaran uri, jahit sikit dalam 1cm. Then, Irdina diletakkan di dalam pelukanku. Rasa syahdu, sayu, syukur, gembira tak terkata. Me menyusukan dia buat pertama kalinya. Sayang baby ibu.

Bermalam di hospital 1 malam sebab bersalin petang. Irdina tak selesa agaknya, sebab masih baru di dunia fana ini, 5 minit sekali, dia terjaga dan menangis. Me cuba susukan dia, tidur sekejap, then nangis lagi...Ah..indahnya menjadi ibu. Ada yang menegurku, "kesiannya, tak dapat rehat dan tidur". Me hanya tersenyum. Mungkin dia belum tahu betapa indahnya menjadi ibu kepada seorang anak yang sangat dinanti-nantikan...Itulah Nuradelya Irdina


So far, Irdina such an easy baby. Tak banyak meragam compared to Izzuddin. Just mild jaundice for 1st week. Hari-hari bagi minum jus anggur hitam, gigih Tok Puteh pi cari di nat dan pasar malam. TQ mak. Hari ke-5 dah gugur tali pusat yang cuma dibersihkan dengan air biasa sahaja. Mudah dimandikan, kuat menyusu. Day 2 dah campur dengan susu formula Anmum. Umur 40 hari, tukar ke Mamex. Umur 80 hari tukar Enfalac, tak serasi. Hari ke 85 tukar ke susu Nan 1. Alhamdulillah, serasi hingga hari ini. Berat terkini (3 bulan) ialah 5.25 kg. Ok lah untuk baby girl. Ramai yang cakap, Irdina ni panjang dan tinggi. Rambut masih lebat. Maybe bulan 5 nanti baru akan dicukur di rumah Ayah Ki.



No comments: