Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, September 26, 2013

Nuradelya Irdina 8 bulan 2 minggu

Assalamualaikum,

Jarak posting baru dengan posting lepas, 1 bulan lebih. Agak lama...petanda ibu busy lah tu. Busy bebenor, busy kat office, kat rumah. 

Ok, Irdina dah genap 8 bulan. Kejap pulak rasanya dia membesar. Laju juga milestone dia. Lepas meniarap, dia menyulur, sekarang dia dah merangkak pakej dengan duduk yang dah stabil. Sekarang ni, pantang letak di lantai, mulalah aktiviti memanjat, berdirilepastangantergolek. Wakler lah penyelamat. Ibu rasa agak terkilan sebab terlalu busy dan cepat letih, tak dapat nak betul-betul nikmati bersama, tumbesaran Irdina ni. Balik kerja, fikir nak cepat tidur sebab keletihan. Harap abah saja tengokkan dia bila malam, ibu awal-awal dah terpejam. Hujung minggu sahaja yang ada untuk betul-betul beri perhatian dan manjakan Irdina dan abang-abangnya.

Suka sangat buat mulut macam tu, bajet so cute

Seriesnya muka, mirip abah, bibir macam ibu

Kata Tok Safiah sewaktu datang ke rumah 2 minggu lepas, "Irdina ni derah jalan". InsyaAllah, ibu ok saja. Irdina dah mulai makan ikan, masuk umur 8 bulan. Setakat hari ini, Irdina dah passed makan ikan bawal, ikan bilis, ikan merah dan ikan kerisi. Dan ibu pun baru introduce minyak zaitun kepada dia.

Ini menu irdina pagi semalam, untuk Irdina makan di rumah babysitter. Dimasak bersama bubur nasi. Masih kena blend halus, tak ada gigi lagi mek ni. 


Sekarang irdina rajin juga membebel dalam bahasa dia yang ibu tak faham.."mbah..mbah...". Suara serak-serak basah. Garang juga, kalau dia berdiri, dan abang dia tangkap peluk dari belakang, letak dia kat bawah, menangis, menjerit dia...marah. Kalau ibu sibuk di dapur, dia pun sibuk datang terkedek-kedek merangkak, dok tarik kain, berdiri peluk kaki ibu. Ayoyo sayang, kena letak lah segala sudip kuali sebentar... Alahai anak...

Baby mine, don't you cry . 
Baby mine,dry your eyes.
Rest your head close to my heart, 
never to part baby of mine.

No comments: