Konvokesyen Makmal Perkembangan Kanak-kanak (MPK), Pusat Pengajian Keluarga dan Kanak-kanak (FACE), Fakulti Ekologi Manusia, UPM, tanggal 7 November 2013 telah menyaksikan Iman dan Izzuddin bergraduat dan bakal menamatkan pengajian di Makmal Pra-Sekolah (MPS) dan Makmal Taman Asuhan (MTA).
Iman berada di FACE UPM (MPK dan MTA) seawal umurnya 6 bulan (2007), selepas 2 kali bertukar taska dan pengasuh. Jadi, genap 6 tahun Iman berada di sini dan akan menamatkan pengajiannya pada hujung tahun ini, InsyaAllah.
Izzuddin pula berada di FACE UPM seawal umur 8 bulan (2009), selepas 3 kali bertukar pengasuh. Hujung tahun ini, genap 4 tahun Izzuddin berada di sini dan bakal menyambung pengajian peringkat tadika di MPK pada tahun hadapan, di usia 5 tahun, InsyaAllah.
Banyak sangat kenangan di FACE ini. Banyak yang manis dari pahitnya. Tak tahannya bila FACE tutup. FACE menjadi tempat yang "hot & top" untuk pusat jagaan kanak-kanak kerana mereka menjaga kualiti perkhidmatan dan kuantiti. Irdina yang genap 10 bulan semalam, ibu daftar booking untuk masuk FACE semasa mengandungkan dia 4 bulan. Waiting list terlalu panjang. Bertuahlah kalau Irdina dapat tempat di sini.
Hasil kerja Izzuddin, antara yang dipamerkan
Hasil kerja Iman, juga antara yang dipamerkan
Iman buat persembahan dengan Kelas 2 nyanyikan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang
Izzuddin pula buat persembahan dengan rakan kelasnya, nasyid Doa Solat Dhuha. Izzuddin malu-malu nak nyanyi atas pentas bila nampak sibuk rakam gambarnya.
Makanan "potluck" antara yang disumbangkan oleh ibu bapa.
Mak Bibi dan Kak Jehan AJK Makanan a.k.a. Tukang Masak anak-anak di FACE
Iman menerima skrol (gambar dari kamera murahan ibu)
Diikuti Izzuddin
Gambar Izzuddin dengan salah seorang kawan baiknya dari baby di FACE, Affan