Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, November 13, 2013

Konvokesyen FACE UPM

Assalamualaikum,

Konvokesyen Makmal Perkembangan Kanak-kanak (MPK), Pusat Pengajian Keluarga dan Kanak-kanak (FACE), Fakulti Ekologi Manusia, UPM, tanggal 7 November 2013 telah menyaksikan Iman dan Izzuddin bergraduat dan bakal menamatkan pengajian di Makmal Pra-Sekolah (MPS) dan Makmal Taman Asuhan (MTA).

Iman berada di FACE UPM (MPK dan MTA) seawal umurnya 6 bulan (2007), selepas 2 kali bertukar taska dan pengasuh. Jadi, genap 6 tahun Iman berada di sini dan akan menamatkan pengajiannya pada hujung tahun ini, InsyaAllah.

Izzuddin pula berada di FACE UPM seawal umur 8 bulan (2009), selepas 3 kali bertukar pengasuh. Hujung tahun ini, genap 4 tahun Izzuddin berada di sini dan bakal menyambung pengajian peringkat tadika di MPK pada tahun hadapan, di usia 5 tahun, InsyaAllah.

Banyak sangat kenangan di FACE ini. Banyak yang manis dari pahitnya. Tak tahannya bila FACE tutup. FACE menjadi tempat yang "hot & top" untuk pusat jagaan kanak-kanak kerana mereka menjaga kualiti perkhidmatan dan kuantiti. Irdina yang genap 10 bulan semalam, ibu daftar booking untuk masuk FACE semasa mengandungkan dia 4 bulan. Waiting list terlalu panjang. Bertuahlah kalau Irdina dapat tempat di sini.


 Hasil kerja Izzuddin, antara yang dipamerkan

Hasil kerja Iman, juga antara yang dipamerkan

 Iman buat persembahan dengan Kelas 2 nyanyikan lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

Izzuddin pula buat persembahan dengan rakan kelasnya, nasyid Doa Solat Dhuha. Izzuddin malu-malu nak nyanyi atas pentas bila nampak sibuk rakam gambarnya. 

Makanan "potluck" antara yang disumbangkan oleh ibu bapa. 
Mak Bibi dan Kak Jehan AJK Makanan a.k.a. Tukang Masak anak-anak di FACE

Iman menerima skrol (gambar dari kamera murahan ibu)

Diikuti Izzuddin

Gambar Izzuddin dengan salah seorang kawan baiknya dari baby di FACE, Affan

Zoom kasi besar sikit gambar ini. Ibu naik atas pentas bersama Iman. Hadiah tempat ke-5, Ibu bapa bacakan buku cerita dalam program Take Home Book. Ibu pun dapat hadiah. Itu yang senyum lebih excited dari si anak.

No comments: