Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, August 19, 2014

Pandora Madness (Wishlist)

Kegilaan Pandora semakin menjadi-jadi apabila outlet di Ampang buat sale baru-baru ini. Bracelet hampir separa penuh. Ada a few charm yang menjadi idaman hati tetapi belum dimiliki. Kaedahnya, masuk gaji, kita beli satu-satu. Kalau beli semua sekali, rambut gugur, botak kepala kat tengah jawabnya. Berikut antara charms yang bakal menyusul masuk ke bracelet di bulan-bulan akan datang...






Tema my bracelet adalah munge-munge dan pink-purple. Ini gambar my lovingly bracelet yang blur


P/S : Baru perasan, KJ baru, Dr Mai dan ex-KJ Dr Mony pun ada koleksi Pandora ni

Wednesday, July 2, 2014

Salam Ramadhan 1435H

Assalamualaikum,

Ramadhan tiba lagi. Alhamdulillah, Allah SWT panjangkan umur kita untuk sama-sama mengumpul pahala ibadah di bulan yang paling mulia ini.

Hari ini dah masuk 4 Ramadhan, syukur kepada Allah SWT memudahkan urusan kami sekeluarga berpuasa. Berbuka dan bersahur sederhana sahaja. Tahun ini, kami puasa bertiga, bersama yang permata hati yang sulong, Muhammad Iman. Tahun kedua dia berpuasa, sudah berpesan kepadanya, solat lebih penting daripada puasa. Puasa tanpa solat tiada makna. Harap dia ambil berat perkara ini. Anak seumur dia, urusan ibadat bukan hanya perlu beri arahan, tetapi perlu diajak melakukan bersama, kaedah itu lebih mudah daripada menyuruhnya melakukan sendiri.


Persiapan raya terutamanya baju raya anak-anak lelaki sudah selesai sebelum Ramadhan tiba. Cumanya baju raya si puteri belum jumpa lagi, susah juga nak dapatkan baju (dress) warna tema tahun ini - BLUE. Irdina masih kecil, belum pun 2 tahun. Tak mahu rimaskan dia dengan paksa dia pakai baju kurung. Kalau boleh, nak dapatkan baju raya sleeveless sahaja untuknya. Dia berkulit sensitif, alah cuaca panas, kasihan nanti, tergaru-garu ruam panas di badan.

Last but not least, selamat menunaikan ibadah di bulan yang mulia dan semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kepada kita sekeluarga dan seluruh umat Islam di muka bumi ini. 

Friday, May 16, 2014

Happy Belated Birthday 3 in 1

Assalamualaikum,

Punyalah lama tak update blog. Inilah gara-gara kengkononnya busy, tak menang tangan di rumah dan di office, blog pun dah lama terbiar. Dulu pernah berangan nak jadi penulis, bila dah ada medan untuk menulis, hangat-hangat najis ayam pula.

Whatever lah.

Bulan April lepas, sepatutnya ada triple birthday celecbration, Izzuddin - 5 tahun (2 April), Me, myself - 3? tahun (15 April) dan Iman - 7 tahun (26 April). Me hanya sediakan kek untuk birthday Izzuddin, itupun telewat juga dan umur Izzuddin pun typo atas kek tu. Tak kisahlah, small matter, yang penting, Izzuddin happy.

Sedikit gambar-gambar sekitar sesi potong kek birthday Izz di Tadika FACE UPM



Selamat Bersara Prof Dr. Azizah Osman (AO)

Tanggal 12 April 2014 merupakan hari terakhir perkhidmatan Prof AO di Fakulti, beliau telah bersara dari dunia akademik dan penyelidikan. Jabatan telah merancang satu surprise party di L' apprenti Restaurant UPM.

Memang menjadi surprise tu, Prof. AO sangat terkejut dan teruja. Alhamdulillah, setelah lebih 30 tahun berkhidmat di UPM, kini tiba giliran persaraan beliau. Beliau juga merupakan my lecturer in Post Harvest Handling (undergraduate).

Prof. AO mempunyai memori yang kuat, sangat detail dan dedikasi. Pernah saya tidak dapat hadiri kenduri kesyukuran yang beliau jemput, atas urusan keluarga, dia dapat ingat balik kehadiran saya dan keluarga ke kenduri yang sebelum dan selepas itu.

Semoga Prof. dan keluarga akan sentiasa dalam rahmat Allah, dikurniakan kesihatan yang sihat, berjaya dan berbahagia di dunia dan akhirat. InsyaAllah, bertemu lagi kita di lain waktu.


Tuesday, March 4, 2014

Pandora Madness

Rasukan Pandora semakin menjadi. Baik yang original mahupun yang fake. Keunikan dan kehalusan rekabentuk Pandora bracelet bergantung kepada kreativiti si pemakai. Setiap Pandora bracelet ada cerita tersendiri mengikut charms, dangle dan murano beads yang ada. Jom kita tengok design Pandora bracelet yang ai minat saja k, semestinya semua berkaitan dengan warna pink. Kalau nak warna lain, sila gugel sendiri k.
Ai like charms handbag and high heel

Pinkish tema breast cancer awareness

Gorgeous from Pandora original

Pink love bracelet

Wednesday, January 15, 2014

Happy New Year 2014 & Happy 1st Birthday Irdina

Assalamualaikum,

Dah masuk setengah bulan Januari baru sibuk nak ber"New Year" gitu. Tak kisahlah, still early 2014. Jadi, selamat tahun baru 2014. Azam baru? Lupakan saja, awal tahun berazam la konon, bila nak ingat balik azam tu? Tunggu tahun baru 2015, baru nak ingat. Apapun, semoga tahun 2014 dan 1435 H akan memberi 1001 erti, penuh keberkatan, kerahmatan dan rezeki yang melimpah ruah buat kami sekeluarga.

Tahun 2014, bermulanya rutin hidup baru. Abang Iman dah masuk Tahun 1, Izzuddin Tadika. So, every weekdays, both boys kena bangun seawal jam 6 pagi, mandi, siapkan diri dan sarapan. Dulu keluar rumah pukul 7.30 pagi pun rilex lagi, sekarang ni paling lewat keluar rumah ialah jam 6.55 pagi. Kalau tak, Iman masuk sekolah, loceng bunyi la. Every morning, Headmaster SK Serdang terpacak depan gate sekolah. Punch card ibu pun tak merah lagi. Save eletricity sebab iron baju in bulk.

Irdina pun dah tukar pengasuh baru. TQ Acik Win, tolong jaga Dina dengan baik dari umurnya 3 bulan hingga 11 bulan. Dah masuk 2 minggu Irdina dengan pengasuh baru. Still belum mesra, take your time dear. Dia dah besar, dah kenal orang, dah rapat sangat dengan pengasuh lama, anak-anak pengasuh lama. Tiap pagi kalau hantar dia, mesti dia akan peluk ibu kuat-kuat dan start meraung bila nampak muka Kak Nor. Apa pasal sayang? 

Alhamdulillah, 12 Januari 2014 baru-baru ini, genap umur Irdina setahun. Rasa cepat sangat masa berlalu. Baru lagi dok rasa sakit nak beranak kat Dina. Anak yang paling senang dan cepat dilahirkan. Irdina makin bijak. Apa yang kita ajarkan, senang sangat dia mengikutnya. Sekarang ni, tengah galak berjalan. Belum laju lagi. Gigi baru nak masuk 3 batang (bawah). Paling suka kucing. 
Ibu doakan Irdina akan membesar dengan sihat, jadi anak yang solehah dan berjaya serta bahagia di dunia dan akhirat. Selamat ulangtahun kelahiran yang pertama sayang. Walaupun Dina belum mengerti apa-apa, ibu tetap nak beli hadiah untuk Dina. Disebabkan di rumah, Dina suka sepahkan pinggan mangkuk Ibu, Ibu ingat nak hadiahkan ini kat Dina