Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, August 30, 2010

Teringin Nak Makan



Dah lama teringin nak makan bubur cha cha. Sepanjang ramadhan tahun ni, me belum berkesempatan berkunjung ke PaRam. Bukan taknak pergi, bukan sombong ya. Dulu, me antara pengunjung setia PaRam kat Sri Serdang. Kalau tak habis at least RM10, bukan me yang bernama kerengga tau. Sekarang, ada kekangan, iaitu...malas nak bawak rombongan 2 orang budak kecik sekali. Sorang nak berdukung, sorang nak kena pegang tangan ke mana saja, kang ibu ke mana, anak ke mana. Baik, lupakan saja. Tadi, me dah beli item kat atas untuk balik masak bubur cha cha sendiri. Entah jadi, entah tidak. Apapun, tunggu me update esok k..

Lega

Entry kali ni tentang me yang "kelegaan" sebab hari ini dapat siapkan 2 kerja yang tertangguh minggu lepas. Kerja tersebut ialah pasangkan column GC (for fatty acids) dan GCMS (for flavour). Last week, busy + "M", tak sempat nak pasang, dalam hati dok berangan Eja balik ke lab. Owh tidak, kena buat sendiri la mek Lina..

So, Rabu ni dah blh run GC & GCMS serentak.

Monday, August 23, 2010

Me di Hujung Minggu

Firstly, thanks to Mr. Hubby kerana sanggup tolong clearkan rumput dan semak-samun yang dah tumbuh membesar setinggi pinggang kat belakang rumah (He did it on Sunday). Hasilnya, 3 plastik hitam penuh!! Gambar before and after lupa pula nak snap.

Then, thanks once again sebab tolong potong rambut Izz yang dan tinggi mencacak di kepalanya.

Di bulan Ramadhan ni, Me selalu teringin nak mencuba memasak makanan yang Me tak pernah buat sebelum ni.Contoh macam bubur pulut hitam dan buah melaka.

Lain-lain just rutin macam biasa, masak untuk sahur yang simple-dimple. Pagi Sabtu, Me masak nasi goreng untuk kedua-dua budak kecik yang tak puasa tu. Tup-tup, Iman request mee goreng. So, Me buatkan untuk dia. Alhamdulillah, berselera dia makan. Tengah hari pun diorang makan mee juga. Untuk juadah berbuka puasa, Me masak bihun goreng + sotong, agar-agar, air oren sunquick, kurma.

The next day, sama juga menu pagi untuk anak-anakuku iaitu nasi goreng dan roti + jem strawberry. Tengah hari, diorang lunch dengan nasi + ikan kembung masak kicap. Alhamdulillah, banyak diorang makan. Time berbuka, Me sediakan mee goreng for Iman dan Izz, bubur pulut hitam (lama benar nak tunggu beras pulut hitam lembut), agar-agar, teh panas, kurma, nasi, ikan kembung masak kicap, ikan selayang goreng kunyit dan budu.

Esok Me berangan nak buat buah melaka (orang ganu panggil onde-onde) dan cucur udang. Fuh, sedapnya..

That's all.

Wednesday, August 18, 2010

Alternatif Kepada Helmet

Tadaa...

Takde helmet, bakul pun bolehlah buat cover kepala. Jom layan

Monday, August 16, 2010

Perasaan Bercampur Baur

Firstly, nak wish CONGRATULATIONS kepada 2 orang pegawai makmalku iaitu PIJA & EJA kerana telah mendapat kenaikan pangkat hari ini. Aku tumpang gembira bagi pihak mereka. Yang tak "gembiranya" ialah Eja ditukarkan ke Pejabat OSH. Sayangnya...aku akui, Eja adalah antara staf yang rapat dengan aku, boleh cerita hal anak (esp Iman dan Haris), hal keluarga, hal privacy dll dengan dia, dia juga antara orang yang aku cari di kala kecemasan. Macam hari tu, kereta aku rosak time baik kerja, dalam kepala aku hanya terfikir 2 orang saja time tu iaitu Mr. Hubby & Eja. So, aku call Eja untuk tumpang rumah dia bersama-sama anakku sementara Mr. Hubby pergi baiki kereta. Satu lagi, aku dah kehilangan asisstant untuk bantu aku handle GC & GCMS di lab. Thanks for everything EJA, selamat maju jaya di tempat baru. Pija pun, keep up your good work k..


gambar kenangan dinner di palm garden hotel

Thursday, August 12, 2010

Rumahku Syurgaku



Bulan Ramadahn tahun ni, genap setahun kami sekeluarga bermastautin di rumah ini. Apabila balik dari kerja bersama-sama anak, hati aku jadi tenang dan damai masuk ke rumah. Betullah ungkapan yang selalu aku dengar, rumahku syurgaku...Rumah inilah tempat aku bersama suami dan anak-anakku menjalani suka duka kehidupan bersama. Aku menharapkan rumah ini akan sentiasa menjadi syurga dunia buat kami sekeluarga

Wednesday, August 11, 2010

New Cloth Diaper (CD) for Izz



ALhamdulillah, semalam gi ambil 2 CD ni di Pej. Pos Laju di Bandar Baru Bangi. Brand Sunny Baby Minky (velcro type). Beli dari zinneracollection.blogspot.com, dapat murah, 2pcs for RM50, cos return customer. Sebelum ni Izz dah ada 5 CD jenama Babyland kat rumah. Hopefully after this dapat jimatkan penggunaan DD utk Izz.

Wednesday, August 4, 2010

Iman Rempit, Izzuddin Semp-It

Firstly, aku kelakar betul tengok budak 2 orang ni punya peel. Kedua-dua berebut nak naik motor yang satu ni. End up, aku terkejut "monkey" tengok dua beradik ni punya hal. Lawak la...Tapi, bijak juga ya anak-anak ibu.






Uncle polis, jangan saman kami ya. Ibu lupa nak beli helmets..Bye2..

Tuesday, August 3, 2010

Qadha Puasa

Alhamdulillah, semalam aku selesai menggantikan puasa Ramadhan tahun lalu. Cuma 2 hari saja, tapi kes last minute, aku dapat ganti puasa pada 6 dan 11 Ogos yang lalu.

Dugaan paling besar bila nak sahur ialah asal aku bangun, pasti si kecik terjaga sama. Agaknya, dia dapat kesan melalui deria bau or rasa dia kot. Kalau mood dia ok, takpelah. Kalau kena time tu dia nangis saja nak berdukung, alamat, baik tidur baliklah, nak makan pun tak boleh.

Shopping at Tesco Semenyih

Last Sunday, bawa anak-anak keluar jalan-jalan ke Tesco Semenyih together with Mr Hubby. Sebelum keluar rumah, Mr Hubby dah tanya nak beli apa. So, just mentioned to him nak beli diapers Iman.

Biasalah, perempuan bila masuk je shopping complex, tiba-tiba saja benda yang takde dalam shopping list akan hadir. Aku ternampak buah kurma, cakap kat Mr Hubby nak beli, dia tak bagi. Then, lalu bahagian baby, teringat nak beli something for Izzuddin, sama juga Mr Hubby tak bagi. Lastly, beli diapers only. Tu pun tak sampai 1 jam, terus balik. Cakap kat Mr Hubby, tak suka shopping dengan dia, lain kali tak nak ajak dah. By the way, at least dapat bawa anak-anak keluar jalan-jalan walaupun sekejap..