Firstly, thanks to Mr. Hubby kerana sanggup tolong clearkan rumput dan semak-samun yang dah tumbuh membesar setinggi pinggang kat belakang rumah (He did it on Sunday). Hasilnya, 3 plastik hitam penuh!! Gambar before and after lupa pula nak snap.
Then, thanks once again sebab tolong potong rambut Izz yang dan tinggi mencacak di kepalanya.
Di bulan Ramadhan ni, Me selalu teringin nak mencuba memasak makanan yang Me tak pernah buat sebelum ni.Contoh macam bubur pulut hitam dan buah melaka.
Lain-lain just rutin macam biasa, masak untuk sahur yang simple-dimple. Pagi Sabtu, Me masak nasi goreng untuk kedua-dua budak kecik yang tak puasa tu. Tup-tup, Iman request mee goreng. So, Me buatkan untuk dia. Alhamdulillah, berselera dia makan. Tengah hari pun diorang makan mee juga. Untuk juadah berbuka puasa, Me masak bihun goreng + sotong, agar-agar, air oren sunquick, kurma.
The next day, sama juga menu pagi untuk anak-anakuku iaitu nasi goreng dan roti + jem strawberry. Tengah hari, diorang lunch dengan nasi + ikan kembung masak kicap. Alhamdulillah, banyak diorang makan. Time berbuka, Me sediakan mee goreng for Iman dan Izz, bubur pulut hitam (lama benar nak tunggu beras pulut hitam lembut), agar-agar, teh panas, kurma, nasi, ikan kembung masak kicap, ikan selayang goreng kunyit dan budu.
Esok Me berangan nak buat buah melaka (orang ganu panggil onde-onde) dan cucur udang. Fuh, sedapnya..
That's all.
No comments:
Post a Comment