Entry kali ni saja me nak sentuh tentang penyakit eczema. Ia adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh alahan kepada sesuatu seperti seafood, bahan kimia, ubat, cuaca, stress, habuk, debu dll. Pesakit yang mengidap penyakit ini akan sering merasa gatal yang teramat sangat di mana di kala itu, tak cukup tangan dan kuku untuk menggaru, kadang-kadang benda besi atau apa-apa sahaja benda yang tajam atau kasar akan digunakan untuk meredakan kegatalan itu.
Me adalah salah seorang pengidap eczema since 2004 (selepas balik dari South Africa dan makan sardin cap King Cup). Sekarang dah 2 tahun me follow up every 4 months dengan dermatologist kat Hospital Serdang. Suffer penyakit ni. Mula-mula diagnosed, doktor cakap maybe me dapat penyakit ni sebab me kerja dalam chemical lab. Second diagnosed, doktor cakap maybe bukan sebab tu, if sebab kimia, biasanya pesakit akan hadapi eczema di bahagian tangan, siku dll. Mine is around feet only. It become worse when our skin is dry. Maybe dari keturunan. Tanya mak dan ayah, katanya our keturunan tak ada penyakit ni. Doktor cakap, maybe keturunan yang lagi atas dari my datuk dan nenek. Biasanya, doktor akan bekalkan moisturizer, ubat gatal yang ada steroid dan ubat makan untuk tahan gatal (lupa la nama saintifik ubat-ubat tu).
Kesan kepada penyakit eczema ni adalah, kulit jadi buruk sangat. Parut sana, parut sini, warna tak sekata, kasar dll. Entahlah, sampai bila penyakit ini akan pergi dari kakiku...One more thing, me ni jenis yang malas nak sapu ubat dan pelembap kat tempat gatal. Doktor cakap penyakit ini macam kena bergantung kat ubat 100%. Takde ubat, gatallah aku!!!
No comments:
Post a Comment