Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, September 21, 2010

Masalah

Tiada manusia dalam dunia ini yang hidup tanpa masalah. Tetapi ada kalanya, masalah yang dihadapi tak tertanggung oleh pemunya diri. Adakalanya, penyelesaian masalah berakhir dengan kebaikan, ada masanya penyelesaian masalah berakhir dengan keburukan.

Sudah menjadi lumrah kehidupan ini, andai ditimpa dan diuji dengan masalah, dan di kala itu diharapkan sokongan dan bantuan, namun ada saja yang mengambil kesempatan.
Allah SWT melarang hambaNya dari berputus asa dalam kehidupan ini. Tetapi Me adalah manusia biasa. Rasa ingin berhenti berharap sahaja. Sudah penat, letih, bosan nak fikirkan masalah yang satu ni. Apapun Me doakan yang terbaik sahaja untuk penyelesaian masalah ini...

No comments: