Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, October 29, 2010

Iqra'


Baru beli buku Iqra' ni tadi. Ada 6 siri. Me beli untuk mula ajar Iman baca al-Quran. Semalam, sambil dok blogwalking, terjumpa satu blog tu di mana anak dia umur 3 tahun lebih dah pandai baca al-Quran. Me "terpanggil" untuk mula ajar Iman dan kalau boleh Izzuddin sekali. Malam tadi, sambil layan Ulek Mayang kat TV9, ajak Iman baca buku. Skillnya pada tahap mengenal gambar sekarang. Bila tujuk huruf ABC or 123, dia tak kenal. Selama ini dia hanya menghafal, ikut lagu ABC dan 123 yang cikgu kat nurseri ajarkan. So, me kena mula mengorak langkah agar my sons tidak ketinggalan nanti. Dah mula terasa diri ini mengabaikan pendidikan anak-anak. Inilah dilema ibu bekerja.

InsyaAllah Iman, ibu akan sedaya upaya mengajar dan mendidik Iman dan adik di rumah.

Wednesday, October 27, 2010

Rindu..

Mencari Hair Conditioner


Baru semalam dok fikir2 nak try hair conditioner brand apa, tup2 kat office pagi ni ada Sunsilk buat promotion sample conditioner + sikat. Tq ya promoter Sunsilk. Sikat tu diberi untuk me lakukan "ujian sikat" iaitu melihat perbezaan sama ada sikat tu smooth je, atau membengkok sebelum dan selepas menggunakan produk ini. Nanti me try and bagi respond ya..

Respond from me, today, 29 oct :
Conditioner ni ok. Cuma time nak bilas, perlukan masa lebih lama untuk hilangkan kesan buih dan rasa "sabun". Then, bila rambut kering, rasa ringan, licin je

Monday, October 25, 2010

Wajarkah Tindakanku?

25 Sept yang lalu my kereta telah dilanggar oleh encik Poslaju di CIMB UPM. Time tu panik, geram, marah, jantung bergetar lagu...Tuhan saja yang tahu. Segala maklumat tentang encik poslaju dan vannya me ambil. Yang silapnya tak ambil gambar suruh dia posing kat bahagian my car dan vannya yang dilanggar.

Apapun, setelah 3 kali menghubungi dan sedikit ugutan kepadanya, encik poslaju pun bayar gantirugi untuk me tukar "kulit" pintu kereta depan (+ cat baru), total RM360. Then, hati berbunga riang...berangan my car akan kembali seperti sediakala.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, minta tolong Mr Hubby bawakan ke workshop dan baiki apa yang patut. Me dah segan + malu dok drive kereta pintu kemek. Orang asyik bertanya, rasa macam nak record saja cerita dan "play" saja bila ada yang bertanya, malas nak repeat cerita sama berulang kali. Nak cakap banyak kali kat my hubby, nanti dia kata me membebel pula. Lastly, me diam saja.

Last Friday, me dah bernekad untuk hantar kereta ke workshop, sebelum tu dah warning pada Mr Hubby if dia lambat buatkan, me akan buat sendiri. So, tanpa beritahu dia, pagi Jumaat me terus hantar kereta masuk workshop, Monday baru siap (bajet gaji masuk). Balik rumah (tumpang member), Mr Hubby tanya, so me story kat dia. Hehehehehe..guess what? Apa yang me dapat? Of course la PERANG DINGIN...Dah, biarkanlah malas nak layan.

Pagi ni, me pergi kerja naik taxi dengan anak-anak. Nah kau, 1st time naik taxi dari Bdr Tek Kajang ke UPM, kena caj RM35, teksi tak pakai meter pun, ikut suka mulut dia nak quote berapa. Apapun, me dah selamat sampai tempat kerja. Alhamdulillah, my car dah siap...kena RM330 (save RM30). Hatiku berbunga kembali..lalalala..

Monday, October 18, 2010

Rock Kapak & Otai

Me minat sangat Rock Kapak era 80an hingga 90an. Fuh, tangkap leleh betul dengan lagu-lagu zaman ni. Time tu, Me baru dalam darjah 3 (1989) hingga tingkatan 3 or 4 (1995-1996). Siap ada buku lirik lagu, lepas tu dok hafal lagu-lagu tu. Time primary school dulu kan ada subject Muzik dan kita diajar main alat muzik yang dinamakan "recorder". Percaya atau tidak, Me boleh reka sendiri not lagu untuk lagu-lagu rock kapak zaman tu. Start form 1 till form 5, asal ada duit lebih yang mak bagi buat belanja, sure Me singgah kedai jual kaset untuk dapatkan album terbaru yang dikeluarkan (still ada sampai sekarang tau). Abang dan adik lelaki pun berkongsi minat yang sama time tu (goreng gitar).

Me tak minat kumpulan atau artis solo yang tertentu, tapi Me lebih berminat dengan lagu-lagu mereka. Thanks kepada Youtube sebab Me boleh dengar balik lagu dolu-dolu yang susah nak dapat sekarang. Antara lagu yang Me suka (banyak sangat actually..ini sebahagian yang ada dalam ingatan sekarang) :

1. Retak - Ayie (Abg Tok Ti)
2. Layu Di Hujung Mekar - Rio
3. Di Badai Asmara - Sera
4. Di Alam Fana Cinta - Fotograf
5. Ke Pintu Kasihmu - Fotograf
6. Jangan kau Ucap Selamat Tinggal _ Fotograf
7. Sejiwa - Spring
8. Semilir - Panji
9. Kasih Yang Tak Pasti - Panji & Ameng
10. ComeOut & Play - Offspring
11. The Man Who Sold The World - Nirvana
12. Hanya Keranamu - Mercury
13. Kamus Asmara - Mercury
14. Pasti - Mega
15. Sekuntum Bunga Sakura di Guru Sahara - Mega
16. Isabella - Search
17. Fantasia Bulan Madu - Search
18. Rozana - Search
19. Sejati - Wings
20. Di Ambang Wati - Wings
21. Hanya Kau - KRU
22. Mengerti - KRU
23. Fiona - 4U2C
24. Inilah Nasibku - Nico
25. Untukmu Selamanya - Visa
26. Dalam Gerimis - Visa
27. Mei Hua - Evolusi
28. Hanya Padamu - Qiara
29. Takdir dan waktu - Mega
30. Mutiara - Mutiara
31. Tiara - Kriss

Tuesday, October 5, 2010

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010 FSTM

Bertempat di Laman Mahasiswa, FSTM, majlis ini telah berlangsung pada 27 Sept 2010.
Menunya nasi putih, gulai kawah, ikan terubuk masin, lemang, sate, nasi himpit kauh kacang & lodeh, puding, kambing (lupalah masak apa), salad dll. Me mencari makanan ala utara. Masalahnya tak ada. Sepanjang berkunjung ke open house di UPM dan kawan-kawan di sekitar sini, semuanya makanan belah selatan saja. Apapun, terima kasih atas jemputan..Sedikit gambar sekitar sambutan hari raya FSTM 2010..Gambar yang pertama ni, 3 dari kanan is my boss (Ketua Jabatan), muda belia you, energetic lagi.