Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, October 25, 2010

Wajarkah Tindakanku?

25 Sept yang lalu my kereta telah dilanggar oleh encik Poslaju di CIMB UPM. Time tu panik, geram, marah, jantung bergetar lagu...Tuhan saja yang tahu. Segala maklumat tentang encik poslaju dan vannya me ambil. Yang silapnya tak ambil gambar suruh dia posing kat bahagian my car dan vannya yang dilanggar.

Apapun, setelah 3 kali menghubungi dan sedikit ugutan kepadanya, encik poslaju pun bayar gantirugi untuk me tukar "kulit" pintu kereta depan (+ cat baru), total RM360. Then, hati berbunga riang...berangan my car akan kembali seperti sediakala.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, minta tolong Mr Hubby bawakan ke workshop dan baiki apa yang patut. Me dah segan + malu dok drive kereta pintu kemek. Orang asyik bertanya, rasa macam nak record saja cerita dan "play" saja bila ada yang bertanya, malas nak repeat cerita sama berulang kali. Nak cakap banyak kali kat my hubby, nanti dia kata me membebel pula. Lastly, me diam saja.

Last Friday, me dah bernekad untuk hantar kereta ke workshop, sebelum tu dah warning pada Mr Hubby if dia lambat buatkan, me akan buat sendiri. So, tanpa beritahu dia, pagi Jumaat me terus hantar kereta masuk workshop, Monday baru siap (bajet gaji masuk). Balik rumah (tumpang member), Mr Hubby tanya, so me story kat dia. Hehehehehe..guess what? Apa yang me dapat? Of course la PERANG DINGIN...Dah, biarkanlah malas nak layan.

Pagi ni, me pergi kerja naik taxi dengan anak-anak. Nah kau, 1st time naik taxi dari Bdr Tek Kajang ke UPM, kena caj RM35, teksi tak pakai meter pun, ikut suka mulut dia nak quote berapa. Apapun, me dah selamat sampai tempat kerja. Alhamdulillah, my car dah siap...kena RM330 (save RM30). Hatiku berbunga kembali..lalalala..

No comments: