Tajuk di atas di "qoute" daripada rancangan TV3 suatu masa dulu iaitu Misteri Nusantara.
Macam mana nak mulakan cerita ya? Ehhmmm..hal ini berkisar tentang my own house. Last week balik kampung Mr. Hubby, MIL buka cerita tentang cousin hubby yang pernah tumpang tidur 2,3 kali di rumah kami ada terdengar bunyi pelik seolah-olah ada suara marahkan dia semasa dia bermalam di rumah kami. Ala, me dahla agak penakut, dengar pula cerita macam tu, paniklah jadinya. Actually, my house double storey, ada 3 bilik kat tingkat atas. 1 master bedroom, memang selalu digunakanlah, yang 2 bilik lagi, me tak letak perabot bagai. Just letak wardrobe untuk simpan bantal, selimut, toto, etc. Jarang gunakan kedua-dua bilik ini. Cuma gunakan bilik-bilik ini apabila nak iron baju, ambil bedsheet dan apabila ada tetamu datang bermalam. Sebelum ini, kalau berada dalam kedua-dua bilik ini, setakat rasa "gerun" sikit-sikit tu biasalah.
So, apa tindakan? Kalau perkara ini benar, takkan nak biarkan begitu saja? Cuba tanya pendapat mak dan abang di Perlis. My eldest brother ni ada cerita special sikit tentang dia. Dulunya, dia biasa-biasa saja, selepas dia dapat petunjuk yang hanya orang terpilih saja akan mendapatnya, dia dah berubah menjadi insan yang lebih beriman. InsyaAllah, sekarang kalau ada kemusykilan hal keagamaan dah boleh rujuk padanya. Abang minta me selalu solat di kedua-dua bilik itu. Kalau takut nak masuk untuk solat waktu malam, buat waktu siang sahaja. Baca surah al-Baqarah untuk halau jin dan syaitan. Kalau tak berkesempatan baca al-Quran, boleh pasangkan CD dsb. Alhamdulillah, me dah mulai buat sedikit demi sedikit. Mr. Hubby memang bukan jenis penakut. Kalau boleh, dia nak tengok muka benda tu. Boleh dia ketawa bila me cakap me takut.
Nasib baik anak-anak kecil lagi. Tak berapa faham sangat erti takut hantu dsb. So, kalau dah takut sangat nak masuk bilik tu, me bawa anak untuk temankan. See, malukan? Macam budak-budak.
No comments:
Post a Comment