Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, February 21, 2011

Kunjungan Keluarga dari Perlis

Mood tersangatlah happy masih bersisa...

Pagi Sabtu, family dari Perlis tiba di rumah. Orang Perlis cakap "last minute planning". Itulah my parents, suka sangat last minute dan kelam-kabut, tapi menjadi. Mak, ayah, adik bongsu (Fatin) dan anak saudara (Athirah) datang sini naik keretapi. Mak dan ayah suka sangat sebab selama ini, naik bas sampai 8 jam duduk saja sepanjang jalan sampai sakit belakang, tapi kali ini, naik keretapi ambil tiket yang single bed setiap orang.

Mak dan ayah rindukan cucu dan anak menantu. Lagipun ayah baru balik dari laut (he is a fisherman), dia bawa sekali udang besar, sotong dan ikan bawal fresh!! Memang class!! Apalagi, ajak mak masak tomyam seafood la.

Dalam jam 6.00 petang, adik lelaki dari Segamat tiba bersama keluarganya. Saja nak meramaikan suasana. Alhamdulillah, Tasya (his wife) tengah pregnant 5 bulan dan sihat nampaknya. Cepatnya seharian masa berlalu. Disebabkan perjalanan yang jauh, semua keletihan, banyak habiskan masa berehat dan tidur saja (kurang best part ni sebab tak sempat nak beramah mesra dan bermanja lama-lama dengan mak). Tak banyak sangat aktiviti selain berbual, masak dan makan bersama. Iman sudah pandai mengira duit. Bila Wan dan Tok kasi duit RM10 sekeping, dia minta lagi sebab dia nak banyak keping. So, diorang kasi duit RM1 banyak-banyak kat dia, baru puas hati.

Bila keadaan ramai begini dan semua bilik kat rumah digunakan sepenuhnya, hilang rasa takut dan gerun...Huhuhu, nak kena beranak ramai lah macam ni. Mampukah nak jaga?

Pagi Ahad, semua berkemas dan bersiap untuk balik. Selepas bersarapan pagi, dalam pukul 11 pagi, bertolak ke stesen bas (Hentian Kajang). Balik naik bas pula sebab keretapi hanya waktu malam sahaja. Esok Athirah sekolah, sekiranya dia tidak turut serta, mak ayah berhajat nak "lajak" satu malam lagi. Iman meraung nak ikut Tok dan Wan naik bas. Bawa ke Econsave Bangi, beli jajan sikit, terus ok dia. Sebelum adengan meraung, Tok sempat berdialog dengan Iman.

Tok : Tok nak balik dah naik bas. Iman nak ikut tak?
Iman : Nak, nak.
Tok : Nanti, Ibu tak ada Iman
Iman : Ibu ada adik...

Pandai juga kamu menjawab ya Iman. Petangnya pula, mulalah terasa kerinduan yang teramat sangat kat mak. Sebab semua berlaku begitu cepat. Rasa tak sempat nak buat macam-macam dengan mak. InsyaAllah, me akan balik ke Perlis bulan Mei nanti. Naik keretapi?

No comments: