Hari sabtu dan Ahad lepas, Mr Hubby sangatlah busy. Lepas habis shift di hotel, ada kerja part time pula. Yang kesiannya ialah anak-anak. Tak sempat nak bergurau senda dan bermain dengan abah. So, ibulah yang jadi mangsa mereka. Tapi, ibu pula sibuk nak uruskan kerja rumah, jadinya tak banyak sangat masa nak layan anak-anak.
Mr Hubby kerja shift pagi (jam 7.00am). So, ambil kesempatan bermalas-malasan. Pukul 8.00 pagi baru bangun. Kemas dapur ala kadar, cuci pinggan. Then, sediakan breakfast-mee goreng saja. Budak berdua tu memang "hantu" mee ok. Walaupun breakfast yang simple, tapi kembang hati ibu apabila tengok anak-anak enjoy makan. See...
terpaksa buka baju izzuddin sebab ibu tak sanggup nak cuci lepas dia habis makanMr Hubby kerja shift pagi (jam 7.00am). So, ambil kesempatan bermalas-malasan. Pukul 8.00 pagi baru bangun. Kemas dapur ala kadar, cuci pinggan. Then, sediakan breakfast-mee goreng saja. Budak berdua tu memang "hantu" mee ok. Walaupun breakfast yang simple, tapi kembang hati ibu apabila tengok anak-anak enjoy makan. See...
jemput makan semua..huhuLepas breakfast, terus mandi sebab dah comot sangat especially Izzuddin. Then, layan kartun kat tv. Me sibuk pula dengan sidai baju di ampaian.
Tengah hari, Izzuddin dah "pengsan". Senang sikit aktiviti memasak. Padahal masak 4 jenis lauk saja. Sotong masak paprik hitam (tak ada sayur), ikan masak kicap (tak ada dalam gambar-fav Iman dan Izz), sawi masak air dan ikan kembung goreng kunyit. Iman makan sampai 4 kali tambah nasi!!
Petang, adik dah bangun. Riuh kembali rumah. Sekali-sekala terdengar pekikan dan jeritan si ibu (maaf ye jiran-jiranku). Dalam pukul 6 petang, kedua-duanya dah mandi dan siap makan malam.
Time nak tengok berita kedua-dua dah "pengsan". Baru si abah balik ke rumah..
1 comment:
sedapnya....terliuq plak tgk...
even masak simple tp kalau anak2 dah suka makan memang syok kan....
izzudin muda sebulan ja dgn Umar...
Post a Comment