Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, March 8, 2011

Risaukan Izzuddin


Hari ini merupakan hari pertama Izzuddin pindah ke Taska kanak-kanak 2 tahun. Kalau ikutkan kalendar, umur Izzuddin pada hari ini baru mencapai 1 tahun 11 bulan 6 hari. Lagi 24 hari genap 2 tahun, tetapi disebabkan ada budak baru masuk ke Taska bawah 2 tahun, jadi Izzuddin adalah calon yang umurnya paling hampir untuk dipindahkan ke Taska 2 tahun.

Perasaan risau dan bimbang bercampur-baur. Risau Izzuddin tidak dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan, abang-abang dan kakak-kakak yang lebih besar. Pagi semalam, me nampak Aydeen Zakarias (anak Dr. Noriha), kawan seilikk Izzuddin, di Taska 2 tahun. Dalam hati terdetik, mungkin umurnya dah mencapai 2 tahun, Izzuddin kena get ready next month (2 April). Weekend baru ni, banyak kali me pesan pada Iman, "bulan depan adik masuk sekolah Iman. Iman tolong jaga adik ya, kalau kawan-kawan buat adik, Iman marah kawan tu". Iman hanya mengangguk.

Tiba-tiba, waktu jemput Izzuddin di Taska petang semalam, pengasuhnya memaklumkan yang esok Izzuddin akan berpindah ke Taska 2 tahun. So, otak mula laju berfikir sebarang kemungkinan yang bakal Izzuddin hadapi. Sebenarnya, Iman juga pernah melalui fasa yang sama sewaktu dia berumur 2 tahun. Kerisauan tetap bersarang di hati ketika itu. Bezanya, waktu itu, Iman sudah punyai adik dan bergelar abang.

Izzuddin sangat manja dan masih kuat menangis. Cakap pun belum pandai lagi, cuma beberapa perkataan sahaja seperti "tan" untuk makan, "cu" untuk susu, "pe" untuk selipar, "pi" untuk topi, "bu" untuk ibu, "bah" untuk abah, "bang" untuk abang, "pin" untuk upin & ipin. Hati ini masih tak dapat nak lepaskan Izzuddin ke tempat baru. Kejap tadi, me call Ima (pengasuh baru Izzuddin). Katanya Izz menangis sekejap bila nak main di luar pagi tadi. Tapi, bila Iman datang ajak dia main, dia ok. Perkara ini merupakan satu kelegaan iaitu IMAN. Ya, Izz ada Iman untuk "jaga" dia sehingga hujung tahun ini. Next year, Iman akan masuk Tadika.

Ya Allah, permudahkanlah anakku Izzudiin untuk menyesuakan diri di tempat baru..lindungilah, selamatkan dan peliharalah kedua-dua anak-anakku Muhammad Iman dan Muhammad Izzuddin..

No comments: