Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, November 17, 2011

Dia Telah Dijemput Ke Taman Firdausi...

Salam Khamis,

Seawal minggu ke-5, kehadiranya sudah dapat dikesan. Sebenarnya, secara tidak sengaja ibu pergi ke klinik untuk check kandungan sebab pagi itu, ibu pening-pening dan period juga sedah lewat 4 hari dari jangkaan. Perut ibu juga kelihatan sedikit besar a.k.a buncit dari kebiasaan. Jadi, sebelum ibu mengambil langkah untuk mengempiskan perut semula sama ada dengan "exercise" atau berdiet, baik ibu buat pemeriksaan kalau-kalau ada "isi", naya nanti.

Alhamdulillah, Dr. mengesahkan UPT ibu positif. Abah antara orang pertama yang teruja. Dia mula memanggil Iman sebagai Abang Long dan Izzuddin sebagai Abang Ngah. Minggu berikutnya, ibu sangat tidak sabar untuk melihat kewujudannya dalam rahim ibu, jadi ibu pergi "scan" di Pusat Rawatan Mesra. Dr Rahaya mengesahkan ibu mengandung lagi dan EDD pada 8 Jun 2012. tetapi, Dr Rahaya minta ibu datang semula seminggu lagi untuk melihat sama ada ini adalah "good pregnancy" atau tidak. Persaan ibu menjadi cuak mendengarkan Dr. Rahaya berkata sedemikian.

The next following week, which is week 7, ibu pergi "scan" lagi. Dr. Rahaya tidak dapat mengesan "heartbeat" dan katanya kantung makin mengecut. Dr. mengatakan kemungkinan ibu akan mengalami "missed miscarriage". Dr. Rahaya sipakan reference letter ke Hospital (O&G) kalau-kalau ibu mengalami pendarahan kerana ibu akan berjalan jauh, balik ke Terengganu untuk merayakan Aidiladha. Arggh...Ibu pulang ke office dengan sedikit hampa, tapi penuh pengharapan dan doa. Moga ada keajaiban yang berlaku.

Ibu mencari maklumat berkenaan "missed misscarriage" di Internet. Tapi, di pihak ibu, tak pasti apakah penyebab berlakunya maslah ini.

Sekembalinya dari Terengganu, sekali lagi ibu berkunjung ke klinik Dr. Rahaya dan dia mengesahkan kantung "collapse" dan dia nasihatkan ibu ke hospital. Tapi, ibu enggan menyerah lagi. Teringat pada x-classmate SMK Derma, Dr Seoparjoo di Hospital USM, pakar O&G. Ibu contact dia melalui YM. Dan dia berpesan supaya ibu tunggu seminggu lagi sebelum "serah diri" untuk buat "d&c". Takut-takut, baby ada lagi. 5 hari kemudian, ibu mengalami sedikit "bleeding" dan ibu cuba "scan" di Klinik Zalfah pula. Memang kandungan ibu tak dapat diselamatkan dan ibu pasrah.

Esoknya, ibu "menyerah diri" ke Hospital Serdang dan diperiksa oleh Dr. Mala yang lembut dan baik. Dia bagi 2 pilihan sama ada ibu nak buat d&c atau nak biarkan keluar sendiri. Ibu pilih untuk "keluar sendiri" kerana ibu banyak kerja di makmal dan jika ibu MC selama 2 minggu, semua kerja terbengkalai terutamanya yang ada "dateline". Dr. Mala memuji ibu, "You are so dedicated to your work". Hidung ibu kembang kempis sekejap dengan pujian itu. TQ Dr. Then Dr. Mala issue 2 hari MC untuk ibu, tapi ibu tak nak sebab ada kerja ibu kena siapkan 2 hari ini, Dr Mala geleng kepala dengan jawapan ibu. "I bagi juga you MC untuk rehat di rumah, but it's up to you either you want to take it or not. Please come again in 2 weeks time on 30th Nov". Ibu akur.


Sehingga hari ini, ibu masih mengalami bleeding yang sedikit2. So, ibu akan tunggu hingga pendarahan berhenti dan itu menandakan Adik Baby 3rd MI sudah tiada dalam rahim ibu dan kembali ke Taman Firdausi. Bye sayang.

Status di FB ibu : Sedih & agak kecewa walaupun telah bersedia 'mentally'...setelah hampir 3bulan merasai kewujudannya, bersama harapan dan keterujaan, Maha Pencipta telah menjemputnya kembali ke taman firdausi...

1 comment:

Zana said...

Insyaallah ada rezeki lagi lepas ni....
so, la ni dah keluaq sendiri ka belum? take care....