Seperti biasa, raya haji kami sekeluarga mestilah di Terengganu. Sebab pertama, cuti tinggal beberapa hari sahaja, jadi nak cuti panjang untuk balik Terengganu dan Perlis tak dapek lah. Sebab kedua, Mr Hubby cakap, raya haji di Perlis tak ada apa. Sebab tahun-tahun sebelumnya, my family di Perlis tak buat korban, tapi tahun lepas dan tahun ini, mak dan ayah join korban, tapi kami tak sempat juga nak balik. Maaf ye mak, ayah. InsyaAllah, bulan Disember nanti kita gi vacation di Langkawi k.
Iman tagih janji..asal balik rumah Tok-Ayah Ki, kena gi pantai main layang-layang. Pantai mana lagi kat Ganu ni..
So, petang Jumaat bertolaklah ke pantai berkenaan. Cuaca baik saja, cuma angin sepoi-sepoi bahasa, kurang sesuai untuk aktiviti berlayang-layangan. Tapi tetap kena beli juga sorang satu. Si Iman design Ben 10, Si adik design monkey cartoon.Iman main pasir dan air laut yang menghempas pantai saja. Seronok juga join Iman. Si Izz main pasir dengan abah. Time nak balik yang mencabar. Habis pasir melekat di kasut, nak masuk dalam kereta. Tahan marah saja dengan budak-budak ni.Raya pertama mertua join korban 2 bahagian. So, macam raya haji tahun-tahun lepas, 3-4 hari makanan semua berasakan daging sahaja. Alhamdulillah..Pic : source from google. Camera rosak
No comments:
Post a Comment