Alhamdulillah. 3 bulan pertama pregnancy sudah berlalu. Alahan-alahan lain tiada melainkan sedikit rasa loya dan yang paling tak best ialah anak tekak dan lidah asyik rasa pahit. Nak makan masakan kat rumah, memang "nehi, nehi" adik baby cakap. Kena cari makanan masam nak menghilangkan kepahitan lidah dan tekak. Yang bestnya, makanan kat kedai tu, even tekak dan lidah pahit, berselera pula.
Bila dingat-ingatkan balik, keempat-empat kali mengandung, 1st trimester memang inilah masalah utama. Sedih pula mengingatkan kandungan ke-3 yang tak menjadi dan keguguran di usia 11 minggu.
Sekarang dalam perjalanan trimester kedua. Ada yang tegur me makin kurus. Hahahahahahaaa...maybe sebab puasa kot. Tapi, last check-up, doktor sahkan me boleh berpuasa seperti biasa sebab development baby adalah normal. 10 Ogos ni baru nak gi check kesihatan diri dan kandungan untuk kali ke 2. Nervous dan takutnya nak kena inject ambik darah (kuikuikuikui). Doa-doanya semua ok.
No comments:
Post a Comment