11 Syawal baru nak buka cerita raya. Sebab tak ada gambar raya, pinjam sikit dari FB adik dan kawan.Alhamdulillah, raya kami sekeluarga tahun ini sangatlah seronok sebab dapat balik kampung sendiri.
Perjalanan balik kampung bertemankan adik bongsu dan anak-anak dengan bas express yang disewa oleh pelajar kolej pembantu perubatan Seremban. Sempat puasa 1 hari di rumah mak. Persiapan sehari sebelum raya sangatlah tak menang tangan. Mak ada 2 orang anak perempuan. Tapi yang betul-betul berfungsi untuk membantu emak hanyalah si kakak sahaja (ai lah tu...hidung kembang-kempis). Anak pompuan mak yang sorang lagi serupa anak laki bujang, buat taik mata memanjang. Paling seronok buat ketupat palas ngan mak. Mak masak pulut waktu petang, tak dapat rasa. Bila dah berbuka, tawarlah pulak. Mak buat lawak, "jom kita google resepi nak masinkan ketupat". Rebus air garam la jawabnya. Dah siap gulai daging, adik ipar, Tasya, buat rendang ayam pula. Pandai betul dia masak. Malam raya sibuk vacuum rumah, buka carpet dll. Pukul 2 pagi baru tidur. Tup-tup sang suami ketuk pintu dalam pukul 3 pagi. Baru sampai (balik dengan kawan). Tak sangka dapat juga dia balik beraya bersama. Barulah rasa lengkap hari raya kami.
1 Syawal, bangun awal, excited nak raya walaupun tak cukup tidur. Disebabkan hero-hero kecik tak bangun tidur lagi, terpaksa korbankan solat sunat hari raya. Mak, ayah dan Mr. Hubby saja yang pergi. Me sibuk sangat, iron baju melayu hubby, susun kuih raya, betulkan kemasan rumah dll. Bila diorang balik solat raya, barulah berkesempatan nak mandi. Then, siapkan anak-anak berbaju melayu, beraya dengan abah diorang, tok, wan, paklang, paklong dll. Ramai juga kanak-kanak datang beraya. Semua nak duit raya saja. Makannya tak nak, paling koman, nak minum air saja sebab dahaga jalan jauh kutip duit raya.
Tengah hari pulak, acara close house. Semua pengsan. Penat wooo. Lewat petang, bersiap pergi beraya di rumah Tok dan Tok Wa di batu Bertangkup. Dah tua sangat tengok Tok. Alhamdulillah, bila bersalam dengan dia, dia masih dapat mengecam diriku yang memboyot. Tok Wa terlantar tak sihat.
Raya ke-3, join reunion Sek. Men. Keb. Derma 1993-1997. Best sangat dapat jumpa kengkawan lama. Tapi best friend Bazlinda dan Nori tak dapat hadir.
Ni gambar Iman (baju belang putih-biru muda-oren) join acara selingan by Uncle Akmalrizal.
Dapat gambar dari belakang pun jadilah (me in baju kurung shocking pink dan tudung putih).
Acara kutip duit raya dari uncle & auntie (me-gambar belakang saja, Mr Hubby berbaju melayu hijau puuk pisang, Iman berbaju belang tengah jalan kutip duit)
Ok, nanti sambung cerita lagi. Dah panjang berjela ni pun.
No comments:
Post a Comment