Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, July 22, 2013

Irdina dan Solid Food

Salam 13 Ramadhan,

Sekejap sahaja masa berlalu, dah nak masuk fasa kedua bulan Ramadhan. Ruginya rasa kalau tak manfaatkan sepenuhnya masa yang ada dengan ibadat yang Allah janjikan pahala berganda-ganda.

Hari ini Nuradelya Irdina dah berusia 6 bulan 10 hari. Maknanya hampir 1 bulan Irdina makan solid food. Sehingga hari ini, Irdina hanya ibu beri makan dari sumber karbohidrat dan vitamin sahaja, iaitu bubur nasi + sayur-sayuran ataupun buah-buahan. Yang irdina dah makan ialah :

1. buah epal
2. buah lai
3. bayam-failed, naik ruam
4. ubi kentang
5. brokoli
6. carrot

Belum introduce protein lagi, mungkin apabila usianya dah masuk 7 bulan baru ibu nak cuba makanan ikan, ayam dan daging. 

Weekdays, ibu akan masak puree sahaja dan pengasuh akan sediakan bubur nasi. Weekend baru ibu akan sediakan sepenuhnya makanan irdina. Biasanya menu sarapan pagi irdina ialah nestum cerelac beras+susu, tengah hari dan lewat petang, nasi+buah@sayur. Kalau waktu malam Irdina kelihatan lapar, ibu akan bagi Irdina biskut rendam air.
bubur nasi+epal

dah siap blend, simpan dalam termos

ready to eat

haa...dah kena tangkap dengan ibu, Irdina selepas kenyang - explore+mengemas

No comments: