Selamat berpuasa hari ke-6 kepada semua. Baru ada hati nak update blog. Lama juga menyepi. Alhamdulillah, sempena menyambut Ramadahan pada penghujung bulan Jun baru-baru ini, Boss Dr. Nor Ainy Mahyudin dan pensyarah jabatan sponsor kitorang makan-makan di Sahara Tent Alamanda, makanan Pak Arab. Terima kasih kepada yang sudi belanja, semoga murah rezeki.
I suka gambar ni sebab terselit handbag Furla Candy oren
Banyak blog upload gambar makanan berbuka, sahur, beli kat PaRam. Me???Dugaan tak boleh jalan-jalan di PaRam lagi tahun ini sebab Allah dah anugerahkan Irdina. So, masak sendiri, yang simple dan cepat. Segan nak upload gambar. Nanti bila masak yang kebaboom, baru kita upload gambar makanan banyak-banyak.
Sebut pasal puasa, teringat anak bujang Muhammad Iman. Alhamdulillah, dia sendiri minta nak berpuasa. Rupa-rupanya di tadika dan kelas petang transit memang dia tak makan (puasa la konon, tapi tak makan sahur). Cikgu tapaukan makanan dalam beg dia, sebab risau dia kelaparan. Masuk dalam kereta, jam 5 petang menggelupur kelaparan. Kena la berhenti beli roti ke apa untuk dia. Jumaat malam, dia minta kejutkan sahur esoknya, tetapi malam itu dibantainya tengok tv hingga lewat malam. So, hari ke-3 puasa, dia puasa penuh tapi bangun sahur jam 6.30 pagi. A good start from him. Aktif juga. Hari ke-4 Ramadhan, Alhamdulillah, dia bersahur dan puasa ikut time. Nak bersahur kena ada telur mata kerbau, berbuka pula kena ada roti encik john dan telur mata kerbau juga. Memang tak sangka dia akan start berpuasa atas kemahuan sendiri. Terima kasih Allah. Abahnya risau kalau dia tak tahan. Ingat tahun depan baru nak ajar dia puasa.
Hari ini, 5 Ramadhan, Iman bangun sahur tadi. Time hantar ke tadika, pesan kat Cikgu Rosazizi yang Iman puasa. So, Cikgu takkan paksa Iman makan. Nak masak apa ya petang ini? Teringin nak makan gulai ikan kembung...InsyaAllah
Last but not least...rindunya kat dia. Dah makan solid food. Dah merayap ke seluruh rumah. Nanti nak story pasal dia pulak.
Irdina the Explorer
No comments:
Post a Comment