Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, September 27, 2010

My Hari Raya Aidilfitri 1431H


Perasaan me bercampur baur untuk raya tahun ini. Firstly, sangatlah happy sebab kali ini me dapat raya di Perlis (my kampung). Secondly, pada hari raya, selepas bermaafan dengan mak, ayah dan adik beradik yang lain, perasaan hambar datang. Ya lah, semua adik beradik lengkap satu family, only me...without my husband, just anak-anak yang menguatkan semangat beraya. Ni gara-gara Mr Hubby "bermurah hati" memberikan turn cuti beraya tahun ni kepada member yang lain. Dia dengan sukarela nak bekerja di hari raya.

Kami bertolak ke Perlis seawal 6.30 pagi (selepas sahur) pada pagi Rabu, 8 Oktober. Alhamdulillah, jalan tak jammed. Cuma Si driver yang memandu sekejap ngantuk...owh sungguh bahaya. So, lepas R&R Sungai Buloh, anak-anak breakfast semua, me offer untuk drive. Perjalanan lancar. Tak sangka me sungguh bersemangat, boleh drive tanpa bertukar driver hingga tiba di Simpang Empat Perlis, kira-kira jam 4.30 petang. Izzuddin memberi kerjasama yang baik. Selepas rehat, makan & mandi-manda di R&R Tapah, dia terus tidur hinggalah tiba di Simpang Empat. Apalagi, abahnya pun tumpang sekaki tidur. Hanya Iman penemanku di kala memandu. Tak habis-habis ajak me nyanyi lagu "Balik Kampung". Kering tekak ibu sayang. Happy sangat dia nak balik kampung atuk. Malam tu juga hubby balik Kajang dengan bas.


Tak banyak sangat gambar yang me snap. Mood kureng la. Malam raya baru gi jalan ke rumah Tok di Batu Bertangkup. Ramai saudara ayah berkumpul di rumah Tok. Diorang bercerita ceriti sampai almost jam 2.00 pagi. Me balik dulu around 11.45pm sebab anak-anak dah pengsan. The next day, me keluar beraya dengan anak-anak ditemankan adik bongsu ke rumah kawan-kawan sekolah dulu. Itupun tunggu lepas Asar baru keluar.

Mr. Hubby balik ke Perlis pada 15 Okt, Rabu. Then, dah tak beraya ke mana-mana. Hanya sesekali pergi The Store beli susu anak sahaja. Bertolak balik ke Kajang pada 19 Okt, Ahad. Singgah Penang. Pergi naik Jambatan Pulau Pinang yang tersergam indah sepanjang kira-kira 13.5km. Balik naik feri. Suka sangat Iman. Alhamdulillah, perjalanan selamat dan lancar, sampai Kajang around 10.30pm.

2 comments:

Zana said...

alahai....baguihnya hubby hg bg can kat org lain....
takpa still blh beraya wpun lambat..

wei, nk balik kg sendiri sbbtu bersemangat nk drive heheheheh
hubby kg kat mana?

anak2 hg pun sat ja dah besaq la, so cute.....
Selamat Hari Raya....

kerengga said...

zana, TQ.
husband aku org terengganu, felda bukit bading