Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, December 27, 2010

From Perlis With Love

Salam pagi Isnin,

Alhamdulillah, pagi ini hamba-Mu ya Allah, masih dapat bernafas untuk meneruskan amanat sebagai khalifah di bumi-Mu..

Semalam, adikku yang merupakan cikgu di Segamat, Johor singgah ke rumah. Dia dalam perjalanan dari Perlis ke Johor setelah cuti sekolah hampir tamat untuk memulakan sesi persekolahan baru 2011. Me terima kiriman dari mak tersayang, yang tak pernah lupakan anak dan cucunya di Kajang ini. Antaranya, 2 bungkus bahulu my favourite (Izz juga suka sangat), serbuk kopi cap bola sepak (kopi kat sini tak berapa kaw, semuanya cair saja), ikan bilis, jambu kedut (tak ada biji), etc.
So, pagi ini, me breakfast dengan itu bauhulu gebu sama kopi pekat..huhuhu, dah lama tak makan macam ni...rindunya. Thanks mama

Thursday, December 23, 2010

Terima Kasih Abang (My Beloved Husband)

Entry kali ini dedicated especially to my dearie hubby. Sangat-sangat hargai pengorbanannya kali ini (me tahu dia takkan baca entry ini sebab dia memang tak pernah surf internet,tapi me tetap juga nak buat entry untuk dia). Dia sanggup korban bercuti tanpa gaji (gaji bulan ni kena potong 5 hari + point) jaga anak selama 5 hari disebabkan Taska UPM tutup dari 20-24 Dis 2010.

Actually, last week me dah beritahu Mr Hubby yang taska tutup dan me dah tak boleh cuti sebab annual leave cuma ada sehari lagi. Me minta dia tukar shift untuk kerja malam (siang boleh tolong tengokkan anak sambil buat taik mata.. :P). Hari Isnin, Mr hubby off day, so no problem. The next day, dia tak pergi kerja pada sebelah malamnya, so berdialog la kejap dengan dia..

Me : Abang penat ke jaga Iman dgn Izz? Kenapa tak gi kerja?
Hubby : Abang cuti 5 hari, member taknak tukar shift malam.
Me : Kan cuti Abang dah habis?
Hubby : Terpaksa potong gaji la, siapa nak jaga anak-anak
Me : gulp..?????

Apapun, hari ini dah hari ke-4 Mr Hubby babysit Iman dan Izz. Setiap hari, me bangun seawal jam 5 pagi untuk basuh pinggan, kemas rumah ala kadar, masak breakfast dan masak nasi untuk ketiga-tiga hero hatiku di rumah no. 59 Taman Harmoni, Bandar Tek. Kajang..huhuhu

Wednesday, December 22, 2010

Masalah Karies Botol Susu

Salam semua,

Entry kali ini me nak kongsi sedikit maklumat berkaitan karies botol susu. Actually perkara ini ada kena mengena dengan both my sons.Karies botol - masalah kerosakan gigi yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan penyusuan menggunakan botol susu. Ini boleh berlaku sekiranya baby atau kanak-kanank dibiarkan tidur dan terlena dengan menghisap susu atau manisan dari botol. Kandugan cecair dari botol tersebut akan menyelaputi gigi sepanjang waktu anak-anak tidur. Reaksi antara bakteria yang berada dalam mulut dan kandungan gula dalam cecair akan hasilkan asid yang akan bertindak dan merosakkan gigi. Gigi baby atau kanak-kanak akan mudah rosak jika tabiat ini berterusan.

Biasanya, gigi yang selalu rosak dan terlibat dengan masalah ini adalah gigi hadapan atas (gigi arnab), di mana gigi ini akan bertukar warna coklat dan ada juga kehitaman.

Karies botol susu ini boleh menyebabkan kesakitan, susah mengunyah makanan, tumbesaran terganggu, masalah pertuturan, masalah emosi dan pembentukan personaliti.

p/s : bawalah anak untuk mendapatkan pemeriksaan gigi seawal umur 2 tahun dan bantu gosok gigi anak selalu.

sumber : Min of Health

Wednesday, December 15, 2010

Selamat Pengantin Baru


Tahniah diucapkan kepada my SIL Nor Akmal Puteh dan suaminya Mohd. Zamzuri Omar yang telah selamat diijab kabulkan di Masjid Felda Bukit Bading, Ajil pada 10 Oktober 2010. Semoga kedua-dua pasangan sama cantik sama pada ini sentiasa berada dalam kerahmatan dan kebahagiaan selalu. Me berada di kampung selama 6 hari untuk majlis perkahwinan tersebut. Sedang tunggu pengantin upload gambar. Me tak sempat nak snap gambar di hari langsung sebab Izz asyik nak berdukung, merengek, kepanasan dan nak tidur.

Friday, December 3, 2010

Gabungan Vokal Yang Mantap Ziana Zain & Nurul - LIVE HMI

Me sangat minat dgn ZZ dan suka kedua-dua lagu ini.

Thursday, December 2, 2010

APABILA BANGUN PAGI...

Pada 26 November yang lepas me berkesempatan mengikuti ceramah motivasi by Datuk Dr. Fadzillah Kamsah di UPM, bertajuk "HARMONI RUMAHTANGGA DAN KERJAYA". Sangatlah best mendengar ceramah yang beliau sampaikan. Every 7 minutes, beliau akan "pause" ceramah beliau dengan membuat lawak jenaka berkaitan isu yang disampaikan untuk menarik balik perhatian pendengar yang mungkin sudah hilang tumpuan. Banyak petua dan amalan yang baik yang beliau kongsikan. Berikut me nak share antara doa yang diamalkan oleh beliau sebaik sahaja bangun pagi :

1. Doa bangun tidur - "Alhamdulillah...."
2. Mohon kepada Allah SWT agar Dia menjadikan hari ini lebih baik sedikit dari semalam.
3. Doa pembuka 12 pintu (sangat sesuai untuk mempermudahkan jodoh) - "Ya Allah! Bukakanlah untukku pintu2 kebaikan, pintu2 keselamatan, pintu2 kesihatan, pintu2 nikmat, pintu2 keberkatan, pintu2 kekuatan, pintu2 cinta sejati, pintu2 kasih sayang, pintu2 rezeki, pintu2 ilmu, pintu2 keampunan dan pintu2 syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang".

SHARING IS CARING & SEXY!