Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, December 2, 2010

APABILA BANGUN PAGI...

Pada 26 November yang lepas me berkesempatan mengikuti ceramah motivasi by Datuk Dr. Fadzillah Kamsah di UPM, bertajuk "HARMONI RUMAHTANGGA DAN KERJAYA". Sangatlah best mendengar ceramah yang beliau sampaikan. Every 7 minutes, beliau akan "pause" ceramah beliau dengan membuat lawak jenaka berkaitan isu yang disampaikan untuk menarik balik perhatian pendengar yang mungkin sudah hilang tumpuan. Banyak petua dan amalan yang baik yang beliau kongsikan. Berikut me nak share antara doa yang diamalkan oleh beliau sebaik sahaja bangun pagi :

1. Doa bangun tidur - "Alhamdulillah...."
2. Mohon kepada Allah SWT agar Dia menjadikan hari ini lebih baik sedikit dari semalam.
3. Doa pembuka 12 pintu (sangat sesuai untuk mempermudahkan jodoh) - "Ya Allah! Bukakanlah untukku pintu2 kebaikan, pintu2 keselamatan, pintu2 kesihatan, pintu2 nikmat, pintu2 keberkatan, pintu2 kekuatan, pintu2 cinta sejati, pintu2 kasih sayang, pintu2 rezeki, pintu2 ilmu, pintu2 keampunan dan pintu2 syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang".

SHARING IS CARING & SEXY!

No comments: