Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, March 31, 2011

SiCk EnOuGh To HaNdLe ThEsE kINd Of PeOpLe

Penat dan letih betul nak handle senior staff yang dah lama "selesa" dengan sistem lama. Kalau bagi arahan nak suruh mereka buat sesuatu, kadangkala sampai kena berdebat dan bagi justifikasi yang kukuh, baru nak buat. Ada yang naik pangkat, gaji pun naik, OT claim tiap-tiap bulan, tapi kerja dia nak buat ikut seperti kerja dalam jawatan lama yang dia pegang dulu. Kalau macam tu pakcik, letak jawatan sekarang, sila balik ke jawatan lama la..Me malas nak sound or being rude or kuanghajo sebab still respect mereka sebagai orang yang berpengalaman, seusia dan seangkatan dengan my parents serta kononya "makan garam" dulu (tu yang dok kena sakit jantung or darah tinggi tuh!!).

Memang tak dinafikan, sistem kerja di U** ni makin lama makin complicated. Gaji tahap tu saja, staf banyak tu saja, tapi macam-macam impian, macam-macam misi mustahil yang tak masuk akal direkacipta. Orang yang merekacipta impian tak banyak masalah sangat. Kerja dia dok perah otak saja nak pikir what is next, what is then (sebab tu ramai yang ada sahara desert di kepala)..Haaaa...golongan marhaen ni lah...golongan pelaksana ni yang teruk. Especially PnP yang sentiasa jadi orang tengah antara yang "bawah" dan yang "atas". Selalu tersepit seperti telur rebus yang dikepit di tengah-tengah 2 keping roti gebu dalam sandwich telur.

Sepatutnya, ikut sajalah arahan yang diberi. Penerangan dan taklimat telah diberikan, soalan yang diaju telah diberi jawapan, apa nak memberontak lagi?Ok baik, sila tunggu bulan Disember 2011, jangan nak merayu markah kasihan lagi!!!

P/S : "mereka" tu baca blog tak? huhu

2 comments:

Zana said...

kena tahan ja la dgn depa2 ni....susah kan...

kerengga_riang@yahoo.com said...

tu lah zana. yg herannya, staf yg muda2 tak bnyk komplen la pulak. ikut saja