Last but not least, taaaddaaaaaa
Once God ordered His angels to go and introduce someone who should be the most precious being on earth... Promptly, they came down to Malaysia and create a charming girl who is later named as...
Thursday, July 21, 2011
Saya Chomei Tak?
Last but not least, taaaddaaaaaa
Friday, July 15, 2011
Juadah Berbuka Puasa di Bulan Sya'aban
Thursday, July 14, 2011
Rahsiaku kini Milikmu???
Kenapa? Sendiri tanya, sendiri yang jawab. Me telah gunakan Nutrimetics sejak zaman undergraduate lagi, so dah berapa tahun ya (1999-2011)? See, loyal kan? Product Nutrimetics ok for me, masalahnya ialah agak susah untuk mendapatkan bekalan kerana stokis dan dealer product ini tak sebanyak AVON. Satu lagi, Nutrimetics memang terkenal dengan harga yang agak mahal jika tak ada offer, biasanya product skincare (White)yang me gunakan, jarang ada offer dan kadan-kadang tiada stok. So, cuba cari alternatif lain.
Try baca testimoni dan tanya pendapat kengkawan yang pernah guna, so me cuba buka langkah pertama membeli product Simplysiti. Product Skincare Simplysiti terdapat 3 kategori iaitu New Age (untuk kulit matang dan sangat kering, Bright (untuk yang inginkan kecerahan kulit) dan Acne (untuk yang ada masalah jerawat, acne dll).
Me dikurniakan kulit jenis kering. Alhamdulillah, jerawat agak sukar hinggap di muka. Cuma masalah kulit cepat muncul garis-garis halus, kedut dan gatal2. Dalam masa yang sama, nak juga cerahkan kulit muka kan, so me beli New Age Moisture Wash, Bright Toner dan Bright Simply 5 Cream (act as sunblock, foundation etc).
Kini dah 3 minggu gunakan product ini, kesan positif adalah nampak sikit-sikit sebab me tak gunakan secara rutin.. (mim alif lam sin)
Wednesday, July 13, 2011
Thursday, July 7, 2011
Go Green
Tuesday, July 5, 2011
Beg Fav
Satu malam tu, saja gi jenjalan cari pasal dengan mak dan adik bongsu ke ekspo apakentahnamadia. Tup-tup adik ajak masuk satu kedai jual beg. Me dah lama mengidam beg yang design seperti dalam gambarajah, cuma nak kaler merah line2 hitam (tapi tak ada). Pilih punya pilih dan habis tanya pendapat semua termasuk mak dengan adik, me belilah beg yang kaler coklat (dalam gambar belah kiri).
Esoknya, try bukak FB. Alamak, ada satu kedai ni ada offer beg yang kaler me dok cari selama ini, so hello2 la tuan kedai. Lepas buat payment semua, beg yang kaler merah hitam (dalam gambar belah kanan) pun sudah menjadi hakmilik. I loike k. Besar space kedua-dua beg ini, muat kalau nak masukkan botol susu dan pampers (tapi beratlah ;().
Nak masukkan ini pun muat kot...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Friday, July 1, 2011
Masak atau Beli?
Dalam minggu ni, 3 kali me sempat masak dan sediakan sendiri makan malam untuk suami dan anak-anak. Petang semalam, merempit balik ke rumah, konon semangat nak masak. So, sampai rumah, angkut sorang2 masuk rumah. Then, masak nasi dulu. Izz berak, Iman menjerit "Ibuuuuuuuuuu, adik busuk!!" Owh, Izz berak, memang tak reti nak bagitau budak bertuah ni. So, mandikan Izz dulu. Then, lepas me siap2 mandi, buka fridge. ALAMAK, ada telur dan sawi saja. So, jadilah masakan yang simple, telur dadar dan sawi tumis air. Walaupun simple, tapi penat sebab Izz dengan Iman dok menyibuk sama kat dapur. Sorang dok sibuk buka-tutup fridge, yang sorang lagi dok sibuk nak basuh tangan di sinki. Sepatutnya masak 15 minit, jadi dekat 1 jam.
Acara nak makan pula, bercinta bab ni. Mula-mula ajak baik-baik, "Iman, adik jomla makan". Kedua-dua buat tak tahu saja. Then, me ambil nasi dan konon-konon nak suapkan kedua-dua budak bertuah sambil layan TV. Ehmmmm.. lagi rapat ditutup mulut. Owhhh, ibu sudah geram, sudah mau bertukar jadi kaler hijau. Semua dah dapat petanda, lari ke dapur. Malas nak layan, nasib baik Mr. Hubby ada, dia lah yang tolong beri Iman dan Izz makan. Ingatkan makan nasi, makan roti bakar uolllsss...Nak jadi mamat saleh rupanya.
Dah settle semua, melepas geram kat Mr. Hubby, "kalau macam ni, mulai esok, nak beli saja makanan kat budak berdua ni". FYI, me tak makan malam, tapi anak-anak dan suami tak ku biar mereka kelaparan.