Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, July 21, 2011

Saya Chomei Tak?

Kenapa ya apabila makan coklat, mulut saya dan abang akan "tumbuh" misai dan janggut (jambang) tanpa rerambut? Luckily, saya tidak mengotorkan kereta kerana warna cushion kereta ibu yang baruk adalah hitam. Cuba lihat saya, abah selalu cemburu kerana wajah saya tidak mirip kepadanya, tetapi lebih mirip kepada wajah ibu yang cun itu. Ibu cakap, abah jealous.

Ini adalah abang saya. Kadang-kadang saya paggilnya "bang", kadang-kadang "man". Dia suka ganggu saya dan rampas barang-barang dalam tangan saya walaupun ibu belikan untuk saya. Apabila dimarahi ibu, abang saya akan cakap yang dia nak pinjam sekejap saja. Tetapi, biasanya sampai kesudah, barang saya yang dipinjamnya tidak dipulangkan. Dan saya akan memberontak dengan menangis sekuat hati meminta perhatian dan bantuan dari abah atau ibu untuk mendapatkan balik barang saya itu. Takpun, akan berlakulah pergelutan dan tarik-menarik antara saya dan abang berebut barang nan satu itu. Lalu, ibu akan tegur dan jika masih belum dapat dileraikan, ibu akan cepuk sedas kepala saya dan abang.

Last but not least, taaaddaaaaaa

No comments: