Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, October 27, 2011

Sengal

Sengal? Hahahaa, kalau orang utara, sengal ni macam sengal-sengal badan. Tapi belah selatan ni, sengal ni macam ni pun bermaksud sebegitu dan ada satu lagi maknanya, seumpama dengan "beng**g".

Geram betul dengan salah satu seksyen di pejabat pendaftar U**. Dah seminggu hantar borang, diam saja. So, me try call tadi untuk follow up status borang tu. Kata penyambut telefon tu, "Kami tak terima permohonan yang dihantar by post (a.k.a by despatch). Sebab ikut ISO, pemohon kena terus datang ke pejabat tuttttt utk hantar borang dan buku terus siap". So, agak bengang di sini, lalu me pun menjawab, "Habis tu, kenapa tak ada siapa pun dari sana call saya untuk maklumkan? Nasib baik saya call untuk follow up." Dia tak mengalah lagi, "Ini prosedur ISO, puan". Masalahnya, ada ku peduli you all punya prosedur? Banyak lagi prosedur lain yang nak dibaca.

Memang eloklah government tgh buat audit dan analisis untuk pengurangan staf untuk mengoptimakan perkhidmatan kerajaan. Kalau ramai staf, kerja pun tak jalan, tak reti2 nak bagi servis (emel pun ada, no tel pun dia minta kat borang tu buat apa???), baik cantas saja orang-orang macam ni.

Friday, October 21, 2011

Sindrom Nafsu Makan Ala Gajah

Salam Jumaat,

Nafsu makan sejak dua menjak ni sangatlah tinggi. Fikir-fikirkan balik, macam nafsu makan gajah pun ya kot.

Mana taknya, pagi ini saja me beli laksa penang, jeruk mangga 300g, tau-fu-fah dan cekodok pisang 14 biji. Tau-fu-fa saja yang belum disentuh. Yang lain dah selamat sampat ke destinasi pencernaan. Tengah hari semalam, order snake plate KFC. Last2 makan ayam seketul saja and the rest. Yang lagi seketul tapau Mr Hubby yang habiskan. Tapi bila malam menjelma, selera makan menurun. Malam tadi cuma makan 2 potong buah oren dan jeruk mangga.

Biasanya, nafsu makan gajah ini akan terjadi pada waktu sarapan pagi. Mungkin disebabkan malam sebelumnya hanya makan sedikit, jadi keeseokan harinya, beli makanan dalam keadaan lapar, itu yang wujud sindrom nafsu makan ala gajah. Ditambah pula dengan keadaan hormon yang tidak seimbang. Disebabkan hal ini, pregnancy baru masuk minggu ke-7, baby masih kecil saiznya, ruang perut si ibu dah macam pregnant 4 bulan.

Tengah hari ni dah ada plan nak ngap Nasi ayam at TCRS dan Big Apple doughnut. Wow weeee...Kalau sindrom ini berterusan, kena buat sesuatu..

Wednesday, October 19, 2011

Jangan Benci Kucing

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan
sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok Berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lengan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar. ..

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah kehairanan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi…

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni..

source : http://www.esempoi.com/haiwan/jangan-benci-kucing/, Pic from google

P/S:jangan cepat mengadili atau menghukum sesuatu yang kita tidak suka, kelak ia akan berjasa kepada kita :)

Monday, October 10, 2011

Van Mini Milo

Bersungguh-sungguh me kumpulkan barcode produk MILO bermula bulan Jun hingga awal Ogos 2011 untuk dapatkan koleksi Van Mini yang sangat cute. Ahli rumah No.59 Taman Harmoni yang biasanya dok minum teh O, tiba-tiba terpaksa bertukar selera kepada Milo dalam masa 2 hingga 3 bulan gara-gara si surirumah gilakan Van Mini Milo ngalahkan anak-anaknya.

2 kali terjah kaunter penebusan, di Jusco Balakong dan Alamanda, tetapi pulang dengan tangan kosong, stok habis. Penat wooo, minyak kereta habis, masa terbuang, letih kaki beratur, budak berdua tu meragam lagi. Disebabkan kepingin juga, try plan B - POS borang permohonan. Alhamdulillah, sebulan lepas tu syarikat Milo sahkan penerimaan borang dan sebulan lepas tu yakni Jumaat lepas (7 okt.), Van Mini Milo yang pertama sudah ada di tangan.

Tadaaaaaaaaaaaa........

Puas hati. Buatan "metal die cast". Kemas dan kukuh. Sayangnya nak bagi Iman dan Izzudin lanyakkan. Next one maybe sampai next month.


P/S : Macam mana agaknya kalau dapat anak perempuan ya? Takkan nak "gilakan" Barbie pulak?

New Ticker

Salam Isnin,

Dah lama tak create "ticker" untuk pengiraan event, delivery, birthday etc. Hari ini, excited nak create new "ticker" utk my new baby, InsyaAllah..

Lilypie Maternity tickers

Dah letak kat sidebar blog pun. So, lepas ni boleh la tengok perkembangan terkini my little baby dan kira usia kandungan.

Mula berkira-kira bila nak buat "kad merah" dan usha2 pakej bersalin di private hospital.

"Ya Allah, lindungilah, selamatkanlah dan peliharalah anak dalam kandunganku ini. Moga dia akan lahir dengan selamat, sihat dan sempurna. Jadikanlah dia anak yang soleh. Aminn..."

Wednesday, October 5, 2011