Dina

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, October 10, 2011

Van Mini Milo

Bersungguh-sungguh me kumpulkan barcode produk MILO bermula bulan Jun hingga awal Ogos 2011 untuk dapatkan koleksi Van Mini yang sangat cute. Ahli rumah No.59 Taman Harmoni yang biasanya dok minum teh O, tiba-tiba terpaksa bertukar selera kepada Milo dalam masa 2 hingga 3 bulan gara-gara si surirumah gilakan Van Mini Milo ngalahkan anak-anaknya.

2 kali terjah kaunter penebusan, di Jusco Balakong dan Alamanda, tetapi pulang dengan tangan kosong, stok habis. Penat wooo, minyak kereta habis, masa terbuang, letih kaki beratur, budak berdua tu meragam lagi. Disebabkan kepingin juga, try plan B - POS borang permohonan. Alhamdulillah, sebulan lepas tu syarikat Milo sahkan penerimaan borang dan sebulan lepas tu yakni Jumaat lepas (7 okt.), Van Mini Milo yang pertama sudah ada di tangan.

Tadaaaaaaaaaaaa........

Puas hati. Buatan "metal die cast". Kemas dan kukuh. Sayangnya nak bagi Iman dan Izzudin lanyakkan. Next one maybe sampai next month.


P/S : Macam mana agaknya kalau dapat anak perempuan ya? Takkan nak "gilakan" Barbie pulak?

No comments: